ENCIK FIKRI membuka pintu rumahnya dengan berhati-hati. Siapa pula yang datang rumahnya pagi-pagi macamni? Dia belum sempat bersarapan pun lagi. Encik Fikri membulatkan matanya apabila melihat anak perempuannya pulang ke rumah. Terkejut dia melihat Safiyyah yang tiba-tiba sahaja pulang tanpa memberitahu dirinya.
"Ya Allah, kenapa Fiya balik rumah tak bagitahu? Ayah ingatkan siapalah yang datang pagi-pagi macamni." Encik Fikri terus mempelawa Safiyyah masuk ke dalam rumahnya.
"Fiya minta maaf. Fiya terlupa nak call ayah." Safiyyah terus menyalam tangan ayahnya lalu melangkahkan kaki masuk ke dalam rumah keluarganya.
"Fiya balik sorang je ke? Ian mana?" Encik Fikri hairan. Dia tidak nampak pula kelibat menantunya. Ini pasti ada sesuatu yang berlaku ni.
"Oh, Ian sibuk sikitlah ayah. Fiya balik sorang je. Lagipun Fiya rindu dengan ibu dan ayah. Dah lama Fiya tak jenguk ayah kan? Ayah sihat?" Safiyyah mempamerkan senyuman palsunya. Dia tidak mahu menceritakan masalah rumah tangga yang berlaku antara dia dan Ian. Dia tidak mahu membebankan ibu bapanya.
"Abang, siapa yang datang tu?" Satu suara muncul dari dapur. Safiyyah terus memandang wajah ibunya.
"Dia buat apa dekat sini? Suruh dia balik." Puan Mysara terus menghalau Safiyyah. Hatinya masih sakit mengenangkan perbuatan anak perempuannya.
"Ibu, janganlah halau Fiya lagi. Fiya rindu ibu. Fiya rindu pelukan ibu. Fiya rindu masakan ibu. Ibu tak rindu Fiya ke?" Safiyyah bergerak ke arah ibunya. Dia tidak sanggup bermasam muka lama-lama dengan ibunya. Hatinya tidak tenteram selagi Puan Mysara tidak memaafkan dirinya.
"Kau dah pilih suami kau daripada aku. Apa lagi yang kau nak?" Puan Mysara menjawab.
"Sara, sudah-sudahlah tu. Sampai bila Sara nak berdendam dengan anak sendiri? Fiya ni anak kandung kita. Cukup-cukuplah Sara marah Fiya macamni." Kali ini, Encik Fikri pula bersuara. Dia jatuh simpati melihat Safiyyah yang tidak berhenti merayu pada isterinya.
"Abang tak faham apa yang Sara rasa. Kecewa yang Sara rasa ni tak ada siapa pun yang akan faham. Fiya terang-terang dah pilih lelaki tak guna tu daripada kita, bang. Kita ni dah tak ada makna dalam hidup dia." Puan Mysara cuba menahan air matanya dari keluar. Dia tidak mahu menangis di hadapan anaknya.
"Fiya tak pernah buang ibu dengan ayah. Fiya sayang ibu dengan ayah sampai hujung nyawa Fiya. Fiya dah tak ada sesiapa selain keluarga Fiya sendiri. Ibu dah tak sayangkan Fiya ke?" Safiyyah menangis teresak-esak sambil cuba meraih tangan ibunya. Dia tidak akan berhenti mendapatkan kemaafan daripada ibunya.
"Eh, kak Fiya pun ada sekali? Bila akak sampai?" Aryan yang baru sahaja turun terus menyapa kakaknya. Dia menegur Safiyyah yang tiba-tiba sahaja muncul di rumah keluarganya. Aryan yang mula perasan akan suasana tegang yang sedang berlaku di rumahnya ini terus mendiamkan dirinya.
"Fiya, jomlah kita sarapan dulu. Fiya mesti lapar kan? Ayah tengok perut kamu dah sarat tu. Banyak benda yang ayah nak borak dengan kamu ni." Encik Fikri terus mengubah topik. Dia tidak mahu merosakkan suasana gembira yang dirasainya ketika ini. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan anak perempuannya. Walaupun dia tahu isterinya masih marahkan pada Safiyyah namun dia tidak mahu memanjangkan hal tersebut.
"Tak apalah, ayah. Ayah makanlah dulu. Fiya nak naik atas berehat kejap. Dah lama Fiya tak tengok bilik Fiya. Rasa rindu pula." terang Safiyyah sambil mengesat air matanya. Dia tidak mahu terus-terusan memaksa ibunya untuk memaafkan dirinya. Mungkin ibunya juga perlukan masa.
"Kalau macamtu, tak apalah. Fiya berehat puas-puas dulu. Nanti kalau Fiya lapar, bagitahu ayah ya? Ayah taknak perut kamu kosong. Kesian bakal cucu ayah tu nanti." Safiyyah tersenyum kecil. Dia bersyukur kerana sekurang-kurangnya ayahnya masih menerima dirinya.
YOU ARE READING
𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗗𝗜𝗔 𝗜𝗠𝗔𝗠𝗞𝗨
Romance(ON HOLD/SLOW UPDATE) ‼️ Hadirnya dia, Membuatkan hidup Safiyyah menjadi lebih bermakna. Perginya dia, membawa seribu satu perasaan yang tak dapat diungkapkan. Safiyyah pasrah dengan ketentuan hidupnya. Dia yakin, pasti Allah mempunyai perancangan y...