لاڤن | 8

6.6K 476 66
                                    

CINCIN yang terletak elok di jari manisnya ditenung lama . Baru sahaja semalam dia memegang gelaran tunang kepada Azad . Ramai sungguh yang hadir ke majlis pertunangannya semalam . Dia tidak menyangka secepat ini dia akan menjadi tunangan orang .

Mulanya , dia ingin membantah . Namun , bila difikirkan semula niatnya itu akan mengecewakan ibu bapanya , terus dia bersetuju . Safiyyah tidak pasti akan keputusan yang dilakukannya ini . Hatinya bersetuju , namun jiwanya seakan keliru .

Lelaki itu yang meninggalkannya dahulu . Lelaki itu yang pernah menyakiti hatinya .
Lelaki itu juga yang menolak cintanya .

Semudah itukah dia menerima semula kehadiran lelaki itu ?

Safiyyah sendiri yang membuat keputusan untuk bertunang terlebih dahulu . Biarlah dia menyiapkan dirinya dari pelbagai aspek sebelum menjadi isteri orang . Dia tak nak kelihatan terburu - buru dalam perkahwinan . Baru sahaja dia berjumpa semula dengan Azad , takkan mahu berkahwin secepat itu ?

" Fiya , kau yakin ke dengan keputusan kau ni ? Kau dah fikir masak - masak ? Kau tak ingat apa yang dia pernah buat dekat kau dulu ? " Iman menyoal Safiyyah sebaik sahaja duduk di atas katil milik Safiyyah . Dia memang tidak berapa berkenan dengan Azad yang tiba - tiba sahaja muncul semula dalam hidup Safiyyah .

" Aku pun tak tahu , Iman . Aku rasa macam tak percaya bila aku dah jadi tunang orang dalam sekelip mata . Semuanya berlaku terlalu cepat . Sebenarnya aku belum bersedia untuk semua ni tapi aku tak nak kecewakan ibu bapa aku . Semua orang macam letak harapan yang tinggi dekat aku untuk terima Azad . Aku tak ada pilihan lain , Iman . " Safiyyah menceritakan masalahnya kepada rakan baiknya . Iman sahajalah yang boleh mendengar luahan hatinya saat ini .

" Cuba kali ni kau jangan fikir tentang orang lain . Sudah - sudahlah kau berkorban untuk orang lain . Perkahwinan ni sekali seumur hidup , Fiya . Aku tak nak kau menyesal . Kau berhak dapat kebahagiaan setelah apa yang kau lalui selama ni . Yang nak hadap muka Azad nanti , engkau Fiya . Bukannya ibu bapa kau . Aku bukan nak suruh kau abaikan ibu bapa kau , tapi aku nak kau fikir betul - betul . " Iman mengusap bahu Safiyyah dengan perlahan . Safiyyah merenung kembali cincin pertunangannya .

" Terima kasih Iman sebab bagi kata - kata semangat dekat aku . Kaulah kawan aku dunia akhirat . Kalau tak ada kau , tak tahulah apa jadi dengan aku . " Iman melemparkan senyumannya buat Safiyyah . Dia begitu sayang dengan Safiyyah . Iman sudah menganggap Safiyyah itu sebagai kakak kandungnya walaupun mereka sebaya .

" Aku kan kawan baik kau . Aku tak naklah orang lain kecewakan kau . Kau terlalu baik , Fiya . Aku takut sangat orang lain ambil kesempatan terhadap kebaikan kau . Kalau Azad kecewakan kau lagi , aku takkan berdiam diri . Siaplah dia aku kerjakan . " Safiyyah tertawa apabila mendengar ugutan Iman . Dia bersyukur apabila Tuhan hadirkan seorang kawan baik seperti Iman kepadanya .

┅┅

DEAN mengelap peluh yang mengalir di lehernya . Dia memandang wajah Azad yang kelihatan sedikit gembira pada hari ini . Tidak pernah dia melihat Azad tersenyum seorang diri seperti ini . Takkanlah Azad berjumpa dengan mana - mana gadis di gim ini ? Setahu dia , tiada seorang pun insan yang bergelar wanita di gim ini . Semuanya kaum adam .

" Rayyan , kau ni dah kenapa ? Dari awal lagi aku nampak kau tersenyum sorang - sorang . Ceritalah dekat aku . Kau ada girlfriend baru eh ? " Dean memegang bahu Azad meminta penjelasan . Sengaja dia mahu mengetahui rahsia yang Azad simpan daripadanya .

" Dean , kalau aku bagitahu kau ni kau jangan terkejut tau . " Dean memandang Azad dengan riak yang pelik . Rahsia apa yang Azad simpan ni ? Nampak gaya macam serious matter je . Dia pula yang berdebar - debar mahu mengetahuinya .

𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗗𝗜𝗔 𝗜𝗠𝗔𝗠𝗞𝗨Where stories live. Discover now