SAFIYYAH turun ke bawah apabila tekaknya terasa dahaga. Dia memandang jam di ruang tamunya. Jam sudah menunjukkan pukul 9.30 pagi. Namun dia hairan mengapa rumahnya sunyi sepi? Ian juga sudah hilang dari pandangannya apabila dia bangun tadi. Mengapa Ian tidak mengejut dirinya? Safiyyah juga tidak nampak kelibat ahli keluarganya yang lain. Takkanlah semua orang meninggalkan dirinya seorang diri di rumah ini?
"Ibu? Ayah?" Safiyyah memanggil ibu dan ayahnya. Tiada jawapan daripada mereka berdua.
Safiyyah terus ke arah dapur. Dia menuang botol yang berisi air ke dalam cawan lalu meneguknya dengan rakus. Dia kerap berasa dahaga sejak kebelakangan ini. Rasa macam nak minum air setiap jam.
"Fiya? Fiya buat apa tu?" Seseorang menegur Safiyyah dari belakang. Safiyyah terus menoleh.
"Ayah rupanya. Terkejut Fiya tau. Ingatkan siapa tadi yang tegur Fiya. Fiya turun minum air kejap. Tekak ni dahaga sangat."
"Fiya ingatkan tak ada siapa dekat rumah. Senyap je rumah. Mana pergi semua orang ayah?" soal Safiyyah. Nasib baik ayahnya berada di rumah. Takut juga jika dia duduk seorang diri di rumah.
"Oh, ibu dengan Ian pukul 7.30 pagi tadi lagi dah gerak pergi pasar. Aryan pula keluar pergi jogging dengan kawan dia." jawab Encik Fikri.
"Ha? Pergi pasar? Ibu ajak Ian ke? Bukan ke ibu selalu pergi pasar dengan ayah?" Safiyyah semakin hairan. Ian pergi pasar? Selama dia berkahwin dengan Ian, tidak pernah sekalipun lelaki itu menjejakkan kaki ke pasar. Setakat pasaraya dalam shopping mall pernahlah.
"Iya, Fiya. Ayah pun terkejut. Ayah dah cakap biar ayah je yang bawak ibu pergi pasar tapi dia nak jugak Ian yang temankan. Itu yang ayah dekat rumah ni," jawab Encik Fikri. Dia sendiri pun terkejut apabila isterinya tiba-tiba sahaja mahu ke pasar bersama menantunya.
"Ayah, kenapa ibu tiba-tiba suruh Ian buat itu ini? Semalam pun tiba-tiba je ibu suruh Ian yang tukar paip singki padahal masa Fiya guna singki tu elok je. Tak ada yang rosak pun." Safiyyah mengadu kepada ayahnya.
Encik Fikri tertawa.
"Ibu suruh Ian yang tukarkan? Ini betul-betul nak menguji kesabaran Ian ni. Tak apalah Fiya, biar jelah ibu buat apa yang dia nak. Lagipun semua tu untuk kebaikan suami Fiya juga kan? Bukannya ibu suruh buat benda yang mengarut." Encik Fikri menjawab.
"Yelah, tapi kenapa nak kena uji Ian? Kesian tau Fiya tengok. Ibu boleh je suruh Fiya buat semua tu." Safiyyah masih tidak berputus asa.
"Fiya kan dah sarat. Bahayalah buat kerja-kerja berat macamtu. Takkan ibu nak suruh Fiya pula? Dahlah Fiya tak payah risau. Ian tu elok je. Tahulah sayang suami tapi jangan sampai manjakan dia. Biar dia belajar juga buat kerja-kerja rumah. Nanti bila anak Fiya dah lahir kan senang?" Encik Fikri tersenyum kecil. Risau sangat Safiyyah apabila isterinya membuli Ian.
"Fiya macam mana? Kandungan okey? Ian ada buat apa-apa tak dekat Fiya?" soal Encik Fikri.
"Kandungan sihat je, ayah. Ian pun okey je. Mana ada dia buat apa-apa dekat Fiya." Safiyyah tidak mahu menceritakan tentang hal rumah tangganya kepada orang lain termasuklah ibu bapanya.
"Baguslah kalau macamtu. Kalau Ian ada buat apa-apa dekat Fiya, bagitahu ayah tau. Ayah tak nak dia apa-apakan Fiya. Fiya satu-satunya anak perempuan ayah. Ayah tak suka kalau ada lelaki lain yang naik tangan dekat Fiya." Safiyyah hampir sahaja mengalirkan air matanya apabila ayahnya berkata sedemikian. Sebab inilah dia amat menyayangi ayahnya.
"Ayah ni janganlah buat Fiya menangis dekat sini. Fiya tak nak menangis pagi-pagi ni." Encik Fikri tertawa.
"Lah cakap macamtu pun nak menangis ke? Manja betul anak perempuan ayah yang sorang ni." Safiyyah memeluk ayahnya dengan erat.
YOU ARE READING
𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗗𝗜𝗔 𝗜𝗠𝗔𝗠𝗞𝗨
Romance(ON HOLD/SLOW UPDATE) ‼️ Hadirnya dia, Membuatkan hidup Safiyyah menjadi lebih bermakna. Perginya dia, membawa seribu satu perasaan yang tak dapat diungkapkan. Safiyyah pasrah dengan ketentuan hidupnya. Dia yakin, pasti Allah mempunyai perancangan y...