دوا ڤولوه | 20

6.3K 337 13
                                    

"IAN, kenapa dah lama kau tak lepak dengan kitaorang? Dah sebulan aku cari kau, tapi kau tak ada dekat rumah. Kau pergi mana ni Ian?" Mika menyoal Ian. Hari ini, Ian dan rakan-rakannya berkumpul di rumah Irfan. Sudah lama mereka tidak bertanya khabar. Mereka langsung tidak tahu keberadaan Ian selama sebulan dia menghilang.

"Aku ada urusan sikit yang nak kena selesaikan. Aku minta maaflah kalau dah buat korang semua risau." Ian menjawab selamba. Dia tahu pasti rakan-rakannya risau tentang dirinya yang tiba-tiba sahaja hilang.

"Kau ni, kalau ya pun ada urusan penting bagitahulah aku. Sebulan kot kau hilang. Aku ingatkan kau dah kena culik." Kali ini, Irfan pula yang bersuara. Biasanya, dia dan Ian memang akan berkongsi cerita. Maka sebab itulah Irfan hairan apabila Ian pergi menghilangkan diri tanpa memberitahu dirinya. Hubungan mereka berdua tak tumpah bagaikan adik beradik kandung.

Ian tersengih memandang Irfan.

"Eh, malam ni korang lepak sini jelah. Lagipun, parents aku tak ada dekat rumah. Amacam?" Irfan memberikan cadangan. Dia memang gemar mengajak rakan-rakannya untuk tidur di rumah keluarganya. Lagipun, ibu bapanya memang sering ke luar negara atas urusan kerja.

Yang lain sudah bersorak gembira. Siapa yang tak suka kalau dapat overnight dengan kawan-kawan? Mikail dan yang lain masing-masing sudah beredar dari ruang tamu. Mereka memang tahu selok-belok rumah Irfan. Al maklumlah, rumah itu dah macam rumah kedua mereka.

Kini, yang tinggal hanyalah Ian dan Irfan yang sedang menonton televisyen. Irfan tahu Ian pasti mahu menceritakan sesuatu kepadanya. Lagipun, dia tiada mood untuk mengikuti rakan-rakannya yang sedang berseronok. Daripada raut wajah Ian, Irfan tahu pasti ada sesuatu yang sedang bermain di minda lelaki itu.

"Ian, kau tak nak share apa-apa ke dengan aku?" Irfan menyoal setelah melihat Ian yang hanya diam sedari tadi. Mata lelaki itu cuma tertumpu di skrin telefon bimbitnya. Entah apa yang Ian sedang lakukan, dia juga tidak tahu.

"Share apa? Rasanya tak ada apa yang nak dikongsi kot." Ian memandang Irfan. Matanya kini sedang tertumpu melihat gambar di Instagram. Dia sebenarnya sedang menahan cemburu melihat gambar-gambar Safiyyah bersama Azad. Walaupun semuanya gambar lama, dia tetap rasa cemburu. Dia sangka, Safiyyah sudah memadam semua gambarnya dengan Azad rupanya tidak.

"Ian? Kau tengok apa tu?" Irfan semakin pelik dengan Ian.

"T...tak ada apa-apa." Ian menggeleng laju. Dia cuba mempamerkan senyuman palsunya. Tidak mahu rahsianya diketahui oleh Irfan.

"Ian, tak ada rahsia antara kita berdua. Kau sendiri yang cakap perkara tu dekat aku. Kau lupa? Sekarang ni, aku tengok kau yang makin banyak berahsia dengan aku. Mind to share with me?" Irfan tetap tidak berputus asa. Sudah lama dia mengenali Ian. Dia tahu raut wajah Ian apabila lelaki itu cuba berbohong dengannya.

Ian mengeluh perlahan. Irfan memang pandai mengorek rahsianya.

"Kalau aku cerita dekat kau, boleh kau janji dengan aku kau takkan bagitahu sesiapa? Aku percayakan kau jadi tolong jangan sia-siakan kepercayaan aku." Irfan menganggukkan kepalanya.

"Pernah ke aku bocorkan rahsia kau? Jangan risaulah Ian, kita kenal dah lama. Aku takkan hilangkan kepercayaan kau dekat aku. You can trust me, bro."

Ian menarik nafas sebelum menghembuskannya kembali. Dia cuba mencari kekuatan untuk menceritakan segalanya kepada Irfan. Dia tahu Irfan boleh dipercayai. Lagipun, lelaki itu tidak pernah mengkhianatinya. Ian sempat menoleh ke kiri dan kanan untuk memastikan tiada sesiapa yang mendengar perbualannya bersama Irfan. Setelah memastikan semuanya selamat, dia memandang semula wajah Irfan.

Ian terus mengeluarkan sesuatu daripada dompetnya. Dia menunjukkan barang itu kepada Irfan. Irfan memandang hairan. Apa yang Ian cuba terangkan sebenarnya?

𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗗𝗜𝗔 𝗜𝗠𝗔𝗠𝗞𝗨Where stories live. Discover now