تيݢ ڤولوه ليما | 35

4K 258 56
                                    

ROSE mencium tangan Azad setelah selesai solat berjemaah. Mereka telahpun sah menjadi suami isteri dua hari yang lalu. Dia tahu Azad hanya dipaksa berkahwin dengannya namun dia tidak kisah. Dia akan cuba merawat hati Azad yang luka.

"Abang, Rose nak abang tahu yang Rose sayang abang sangat-sangat. Rose bersyukur sangat apa yang kita rancang dulu dah menjadi kenyataan sekarang. Dah lama Rose impikan nak jadi isteri abang." Azad langsung tidak mengendahkan apa yang Rose katakan.

"Kau jangan nak panggil aku abanglah. Aku geli. Aku bukannya ikhlas pun kahwin dengan kau. Kalau bukan sebab umi aku sendiri ugut aku, aku takkan kahwinlah dengan kau. Ikutkan hati aku, dah lama aku lari dari wedding kita haritu." Azad membalas kata-kata isterinya.

"Tak apa, Rose boleh bagi abang masa. Rose janji akan tunggu sampai abang boleh terima Rose balik," ucap Rose dengan penuh sabar.

"Kau jangan berangan aku akan layan kau dengan baik ya dalam rumah ni. Aku tetap akan dapatkan Fiya dan jadikan dia isteri aku. Lagi satu, kau tak payah nak pura-pura baik depan aku. Kau tu pun bukannya baik sangat dulu." Azad terus bangun dari duduknya.

"Suka hati abanglah nak cakap apa pun. Rose dah malas nak bertekak dengan abang. Rose tetap akan jalankan tanggungjawab Rose sebagai seorang isteri." Sakit hati betul dia melayan suaminya. Ada sahaja benda yang Azad tidak puas hati dengannya.

Rose terus menanggalkan telekungnya lalu keluar dari bilik tidur mereka. Dia mahu menyediakan sarapan buat suaminya.

Rose terus mengambil roti putih yang tersedia di meja makan lalu dia meletakkan roti tersebut ke dalam pembakar roti. Kemudian, dia menyediakan teh pula buat si suami.

Azad turun ke bawah apabila terdengar bunyi bising di dapur.

"Kau nak buat apa ni? Tak payah susah-susah nak buat sarapan bagai. Aku bukannya makan sarapan pun," kata Azad.

"Kalau macamtu mulai dari hari ni, abang kena makan sarapan yang Rose masak. Disebabkan hari ni kita ada roti je yang tinggal, Rose buatkan roti bakar untuk abang. Esok Rose buatkan nasi lemak pula ya?"

"Aku dah cakap aku tak makan sarapan kan? Pekak ke apa ni?" marah Azad.

"Abang kena makan juga apa yang Rose masak. Rose tak kira. Kalau abang nak marah sekalipun marahlah. Rose tak peduli." Azad menarik nafasnya buat seketika. Susah betul nak cakap dengan manusia yang tak faham bahasa ni.

Rose tersenyum apabila melihat Azad yang mula datang ke arahnya lalu mengambil tempat di meja makan.

Tak adalah susah mana pun nak lembutkan hati Azad ni.

┅┅

SAFIYYAH membelek ubat-ubatan yang berada di hadapannya. Dia sebenarnya kurang gemar dengan beberapa suplemen yang harus dia makan. Namun, dia harus makan demi kesihatan anaknya. Ian pula tidak habis-habis memaksa dia untuk menelan kesemua ubat yang dibeli olehnya.

"Pilih jelah mana-mana vitamin yang elok. Lambatlah kau ni," desak Ian. Safiyyah mencebikkan bibirnya. Ingat pilih vitamin ni macam pilih ikan ke?

"Kalau ikutkan saya, saya tak nak pun beli semua ni." Safiyyah membalas.

"Tak payah nak mengada. Nanti anak aku sakit, aku salahkan kau." Ian terus mengambil beberapa botol vitamin yang berada di hadapannya lalu dimasukkan ke dalam bakul yang dipegang oleh Safiyyah.

"Ish, janganlah main ambil je. Dahlah yang awak ambil tu semuanya mahal-mahal." Safiyyah memarahi suaminya.

"Aku yang bayar ke kau yang bayar? Banyak mulut betul dia ni." Ian terus menarik tangan Safiyyah ke arah kaunter.

𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗗𝗜𝗔 𝗜𝗠𝗔𝗠𝗞𝗨Where stories live. Discover now