IAN mengeliat apabila terjaga dari tidurnya. Dia melihat Safiyyah sedang tidur lena di bahunya. Ian tersenyum. Marah-marah sekalipun, Safiyyah pasti akan tidur disisinya juga. Isterinya tidak boleh lena jika tidak ditemani olehnya.
"Fiya, bangun sayang." Ian mengejut Safiyyah.
Namun, Safiyyah masih lagi tidak menyedarkan dirinya. Isterinya pasti benar-benar penat kerana seharian menunggu dirinya di hospital. Ian sebenarnya jatuh kesian melihat Safiyyah yang terpaksa menunggu di luar wad seorang diri.
Namun apakan daya, Safiyyah sendiri yang tidak mahu masuk ke dalam bilik wad. Katanya dia tidak mahu berjumpa dengan Laura. Jadi, terpaksalah dia meninggalkan Safiyyah seorang diri.
'Fiya, maafkan aku. Aku tahu aku salah sebab abaikan kau. Aku terlalu leka jaga Laura sampai aku lupa tentang kau.'
"Kesian baby, mesti baby dengan umi penat kan? Abi minta maaf sayang. Abi tahu abi tak patut buat macamtu." Ian memegang perut Safiyyah. Entah mengapa, dia suka dengan panggilan abi. Dia mahu bakal zuriatnya memanggil dirinya dengan panggilan sebegitu.
Ian mengalihkan rambut Safiyyah yang menutupi wajahnya. Wajah inilah yang buatkan dia gila bayang dahulu. Safiyyah memang seorang gadis yang cantik. Jadi sebab itulah dia sanggup melakukan kerja di luar kawalannya.
Tidak dapat dia bayangkan jika Safiyyah menjadi hak milik orang lain. Walaupun dia dapatkan Safiyyah dengan cara yang gila, namun dia tetap bersyukur dengan apa yang telah berlaku.
'Kau memang cantik Fiya. Aku dah lama sukakan kau cuma aku tak pandai nak luahkan apa yang aku rasa. Aku tak romantik macam lelaki yang kau selalu jumpa dekat luar sana.' luah hati Ian.
Belum sempat Ian mahu mengejut semula isterinya, dirinya kembali dipeluk oleh Safiyyah.
Ian tersenyum. Manja betul Safiyyah ni. Rasanya semalam Safiyyah masih lagi marahkan dirinya.
"Fiya, bangunlah. Dah lewat Subuh ni. Nanti kau terlepas pula." Ian menggerakkan tubuh isterinya.
"Mhmm..." Safiyyah mencelikkan matanya sambil memandang sekelilingnya.
Safiyyah terkejut apabila terasa tubuhnya berada begitu dekat dengan Ian. Dia terus bangkit dari tidur di atas lengan Ian.
"Awak ambil kesempatan dekat saya kan?" Safiyyah memarahi Ian. Setahu dia, semalam dia sudah tidur jauh daripada Ian.
"Eh makcik, lengan aku ni lenguh sebab kau tahu tak? Sedap mulut kau je nak tuduh aku ambil kesempatan. Dia yang menempel dekat kita, kita pula yang disalahkan." Ian meregangkan lengannya. Safiyyah mencebikkan bibirnya.
"Saya benci awak." Safiyyah terus bangkit dari katil. Dia tidak mahu memandang wajah Ian. Hatinya masih sakit apabila terkenangkan peristiwa semalam.
"Berdosa tau benci suami sendiri! Tak masuk syurga nanti aku tak tahu! Fiya! Ish! Tunggulah! Aku ni imam kau tau!" jerit Ian. Benci-benci pun tidur nak peluk kita juga!
Setelah selesai solat berjemaah, Ian memusingkan badannya ke belakang untuk memandang wajah Safiyyah.
"Kau ni kenapa? Pagi-pagi lagi dah muram macamni. Cuba senyum sikit," nasihat Ian.
"Biarlah saya nak senyum ke nak marah ke, muka saya kan? Awak sibuk kenapa?" jawab Safiyyah.
"Good morning anak abi. Anak abi sihat tak dalam ni?" Ian mendekatkan wajahnya ke perut Safiyyah. Lebih baik dia bercakap dengan anaknya berbanding Safiyyah.
"Ish, tak payahlah sibuk. Ni anak saya." Safiyyah menutup perutnya.
"Habistu macam mana anak tu nak wujud kalau tak ada aku?" balas Ian. Geram betul dia dengan Safiyyah. Rasanya dia dah minta maaf dah pun, tapi isterinya masih lagi marahkan dirinya.
YOU ARE READING
𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗗𝗜𝗔 𝗜𝗠𝗔𝗠𝗞𝗨
Romance(ON HOLD/SLOW UPDATE) ‼️ Hadirnya dia, Membuatkan hidup Safiyyah menjadi lebih bermakna. Perginya dia, membawa seribu satu perasaan yang tak dapat diungkapkan. Safiyyah pasrah dengan ketentuan hidupnya. Dia yakin, pasti Allah mempunyai perancangan y...