ليما | 5

7.5K 436 62
                                    

MINDANYA kembali menerjah sewaktu dia masih di zaman remaja . Dia rindu waktu dulu , waktu dimana lelaki pilihannya amat mengambil berat tentang dirinya . Lelaki itu sayang benar dengan dirinya walaupun hubungan mereka hanyalah sekadar kawan baik . Dia berkawan dengan lelaki itu sejak kecil lagi . Tambahan pula , hubungan keluarganya dan juga keluarga teman baiknya itu sangat rapat .

" Azad , kau beli bunga dengan coklat ni untuk siapa ? Untuk aku eh ? Kau ni , buat susah - susah je . Birthday aku lambat lagilah . " Safiyyah tersipu malu apabila menyangka bahawa bunga dan coklat yang dibeli oleh Azad adalah untuk dirinya .

" Untuk kau ? Memang taklah . Aku beli bunga dengan coklat ni untuk budak  perempuan kelas 5 A-2 tu . Kau mesti kenal kan ? Dia budak baru . Kau nak tahu tak , aku rasa aku dah jatuh cinta lah dengan budak tu . Iman aku ni dah gugur tau . " Safiyyah tersenyum nipis . Nampaknya cintanya bertepuk sebelah tangan . Lelaki pujaan hatinya sudah meminati gadis lain .

" Oh , budak baru tu ke ? Lawa sangat ke ? Aku tengok biasa je . Aku ni lagi lawa tau . " Safiyyah cuba menutup kesedihan di hatinya . Memang tidak dinafikan , rupa paras gadis yang menjadi pujaan hati Azad sememangnya sangat cantik berbanding dirinya . Wajah gadis itu sangat bersih tanpa sedikitpun kotoran hinggap di wajahnya .

" Kau ? Lawa ? Fiya , kau jangan buat lawak boleh tak ? Kau tahu tak kau dengan dia beza sangat - sangat ? Fiya , kau tolonglah aku . Aku nak mengurat budak tu lah . Aku dapat rasakan yang dia pun sukakan aku juga . " Safiyyah memberikan senyuman palsunya kepada Azad . Kata - kata yang dilemparkan oleh Azad kepada dirinya sangat mengguriskan hatinya . Dia sedar dia tidak layak untuk lelaki itu . Namun , wajarkah Azad berkata sedemikian kepada dirinya ? Seolah - olah gadis itu amat hodoh pada pandangannya . Dia juga punya hati dan perasaan . Azad tidak layak untuk menghinanya seperti itu .

" Kau kan lelaki . Pergilah mengurat sendiri . Kenapa nak minta tolong aku pula ? " Azad membuat muka simpati di hadapan Safiyyah . Aduh , dia sangat lemah apabila Azad melakukan perkara tersebut . Setiap perlakuan Azad mampu mencairkan hatinya .

" Fiya , tolonglah aku . Aku janji , kalau kau tolong aku nanti aku belanja kau kasut yang kau suka tu . Tak kisahlah mahal sekalipun , aku belanja . Tapi , kau kena tolong aku mengurat budak tu . Please , Fiya . " Safiyyah mengeluh perlahan . Nampaknya terpaksalah dia mengorbankan hatinya untuk menolong Azad . Wahai hati , mohon kuatkan diri sebab aku betul - betul sakit sekarang .

" Hmm , nanti aku cuba lah tolong apa yang patut . Tapi , aku tak janji tau . Kalau budak tu reject kau , aku tak tanggung . " Azad hanya menganggukkan kepalanya . Dia tidak kisah janji Fiya sudi untuk menolongnya . Dia sudah cukup bersyukur di atas pertolongan rakan baiknya itu .

" Tak apalah , janji kau tolong aku . Ni yang buat aku makin sayang dekat kau ni . " Safiyyah menjulingkan matanya ke atas . Kalaulah kata sayang itu membawa maksud yang lain , pasti hatinya sudah mengucapkan kata syukur .

  ┅┅

WANITA yang berada di hadapan matanya dipandang dengan riak kosong . Ian Hadeef langsung tidak kisah akan kehadiran mamanya . Tambahan pula , hubungannya bersama mamanya memang tidak pernah rapat . Dia beranggapan bahawa mamanya hanya menyayangi abang sulungnya sahaja .

" Ian , mama ada bawa makanan kegemaran Ian . Mama tahu Ian mesti lapar , kan ? Sekarang dah masuk lunch hour . Ian nak makan tak ? Mama boleh suapkan . " Ian menggelengkan kepalanya . Dia tidak ada masa untuk bermanja dengan mamanya . Banyak lagi urusan lain yang perlu diselesaikan olehnya .

" Tak payahlah mama susah - susah nak datang sini . Ian tak minta pun mama masakkan untuk Ian . Ian boleh makan dekat luar . Apa kata mama bagi je semua makanan ni dekat anak kesayangan mama tu . Dia mesti suka . " Puan Nisa mengeluh perlahan . Dia pasti anaknya tidak suka akan kehadirannya di situ . Dia tidak pernah bersikap pilih kasih ketika melayan anak - anaknya . Baginya , kasih sayang yang telah dicurahkan kepada anak - anaknya adalah sama rata . Tidak ada yang terlebih mahupun terkurang .

𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗗𝗜𝗔 𝗜𝗠𝗔𝗠𝗞𝗨Where stories live. Discover now