001

3.9K 202 23
                                    

PAGI yang indah menjelma, tetapi bukan untuk orang macam aku. Seawal dini hari lagi dah terpacak atas jalan raya terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, adakah kau rasa itu sesuatu yang membahagiakan?

Mujur hari ni mood aku baik dan kereta kesayangan aku tak banyak ragam. Sampai sahaja di pejabat, pantas aku memecut naik dan kad disentuh pada mesin pengimbas.

Selamat! Awal pula aku sampai hari ini.

Lif yang masih lengang dihampiri dan butang naik aku tekan. Tak perlu menunggu lama, pintu terbuka dan cepat-cepat aku meloloskan diri. Angka 18 ditekan.

Ting!

"Morning Yara," sapa seorang gadis sebaik sahaja aku keluar dari pintu lif. Aku senyum segaris.

"Morning too, Eza. Encik Megat dah masuk office ke?" soalku. Seperti yang aku agak, gelengan yang aku terima daripada gadis genit ini.

Dasar anak bos culas.

"Tak apalah, thank you Eza."

Aku berlalu ke meja yang menjadi tempat suka duka aku sepanjang tiga tahun bekerja di syarikat ini. Beg tangan aku letak di tepi dan lanyard card ditanggalkan dari leher. Sempat juga aku jeling sekilas gambar dan nama yang tertera pada kad tersebut.

Yara Alayna.

Ya, itulah nama aku. Nama ala-ala heroin novel, tapi hakikatnya ciri-ciri aku memang jauh dari tipikal sifat heroin novel.

Kaya? Tidak. Aku cuma anak rakyat marhaen.

Ada firma sendiri? Jauh panggang dari api.

Kaki clubbing? Sila cuba kalau nak rasa libasan tali pinggang ayah aku.

Cantik? Ya, tetapi dengan cara aku yang tersendiri.

Mudah katanya, aku hanya seorang gadis plain dan bukan menjadi kegilaan lelaki di abad ini. Tak kisahlah, tujuan aku hidup bukannya untuk jadi perhatian para lacoste dan segala jenis bapa buaya.

"Yara, Encik Megat panggil you masuk." Suara Zahra menerjah kokleaku. Seperti biasa kalau itu ayat yang aku terima, benda wajib yang aku akan capai ialah buku nota dan pen.

Lantas langkah kaki diayun menuju ke pintu kayu dengan ukiran nama gah bertulis Megat Emir Iskandar. Tak berlengah, tangan naik mengetuk permukaan kayu itu beberapa kali.

"Come in." Pintu dibuka dan ditutup semula.

"Selamat pagi Encik Megat," sapaku mesra. Mesra yang dibuat-buat, sebetulnya.

"Pagi. Jadual saya?" Tanpa riak lelaki itu menyoal. Muka dia sekarang buat aku rasa nak layang penampar sebiji.

Malas nak ambil hati dengan perkara yang dikira normal pada pandangan mata aku, buku nota di tangan diselak.

"21 Julai, Isnin. Pukul 10:00, Encik Megat ada meeting dengan wakil Okasa Berhad. Lepas tu, ada site visit untuk projek Mutiara Damansara pukul 3:00. Itu sahaja." Buku nota ditutup semula dan aku diam menanti arahan seterusnya.

"Pukul 10:00? Hmm, minta Fitri gantikan saya," arahnya senada.

"Tapi Dato' Megat minta Encik Megat sendiri yang pergi."

"Alah, dia bukan tahu apa-apa. Minta Fitri gantikan saya," ulangnya sekali lagi. Aku hela nafas dalam-dalam. Menahan kesabaran agar kemarahan tidak meledak.

Inilah dia majikan aku. Encik Megat Emir Iskandar. Anak tunggal Dato' Megat Muhammad merangkap satu-satunya pewaris Megat Holdings.

Chop! Jangan salah faham, kisah aku dan dia bukan kisah tipikal bos dan pekerja seperti di dalam novel. Kalau yang dalam novel itu bosnya berkarisma, sangat komited dan rajin, Encik Megat ini memang jauh daripada semua itu.

Her Imperfect Guy [completed]Where stories live. Discover now