022

2.1K 190 4
                                    

DENGAN sekali lafaz, status bujangku hilang dibawa pergi. Kehidupan baru menantiku. Hidup berseorangan kepada berdua. 1001 liku hidup akan aku tempuhi bersama lelaki yang kini bergelar suamiku.

Semalam, majlis akad nikah telah diadakan di rumah ibu dan abahku. Hari ini pula majlis di sebelah Hud diadakan di Palace of Golden Horses dengan jumlah jemputan yang lebih ramai.

"Tahniah Encik Hud dan Yara!" Suara-suara itu membuatkan aku tersenyum lebar.

"Senyap-senyap aje dua orang ni. Punyalah pandai dia simpan rahsia. Tahu-tahu kita dapat e-card kat group WhatsApp." Kak Ad jadi orang pertama melepaskan geram.

"Itulah. Telefon rosak konon, padahal tak nak kita serbu dia. Itu yang left group serentak dua orang ni." Tania turut menambah rencah. Aku dan Hud tergelak.

"Jangan marah saya. Salahkan orang yang nak berahsia ni," kataku sambil menyiku perlahan perut Hud. Suamiku itu hanya tersenyum.

"Apa-apa pun, kami doakan Encik Hud dan Yara bahagia sampai syurga. Nak honeymoon lama mana pun cakap je, kami rela settlekan kerja-kerja kau orang berdua," ucap Aiman.

"Kau seorang ajelah buat Aiman, akak tak nak!"

Gurauan Kak Diana membuatkan tawa kami terburai lagi.

"Terima kasih atas ucapan semua. Insya-Allah, doakan semoga kami berdua kekal berkasih sayang sampai bila-bila." Hud jeling aku di hujung kata.

Aww, ini yang buat aku rasa ada beruang panda tengah berdangdut dalam perut! Macam tak percaya pun ada yang kami dah berkahwin.

Selesai acara berfoto bersama keluarga, sesi makan beradab dan beramah mesra dengan tetamu, kami bergerak untuk menjalani sesi outdoor photoshoot.

"Akak, boleh rapat sikit tak dengan suami? Jauh sangat tu." Pemuda yang sedang memegang kamera itu buat isyarat tangan.

Aku bergerak setapak mengikut arahannya.

"Rapat sikit lagi."

Aduh, tak cukup rapat lagi ke ni? Belum sempat aku merapatkan jarak, Hud lebih cekap menyambar pinggangku dan ditarik merapatinya.

"Kenapa jauh sangat ni, hmm? Yara malu ke?" Gemersik bisikannya menyapa gegendang telinga. Dapat aku rasakan hembusan nafasnya menyentuh kulit pipiku.

"Ma... mana ada. Siapa yang malu?" Cis, sejak bila kau ada penyakit gagap pula ni Yara?

Hud tertawa nipis. Pinggangku ditarik lagi mendekatinya, seakan mahu menyerapku masuk ke dalam badannya. Ya Rabbi, dia tahu tak jantung aku sekarang ni dah macam nak pecah?

Daguku dipaut dan dipaksa agar memandang wajahnya.

"Yara tahu tak?" Dia rapatkan dahinya ke dahiku.

"Hud, orang tengah tengok tu." Nadaku tenggelam timbul ketika memberi amaran. Berdebar punya pasal.

"Okey bang, cantik! Ready in three, two, one..."

"Abang sayang Yara."

Klik!

Klik!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Her Imperfect Guy [completed]Where stories live. Discover now