SEULAS senyuman manis menjadi perkara pertama yang menyapa pandangan tatkala pintu kaca butik ditolak.
"Selamat datang."
Aku cuma senyum. Langkah kaki cuma mengekori dua batang kaki yang jauh lebih energetik langkahnya.
"Mimpi apa kau masuk sini, Nia?" bisikku ketika menghampiri Tania yang leka membelek koleksi beg tangan yang bersusun. Apa kawan aku yang seorang ni dah tersampuk jin shopping ke?
"Tak ada mimpi apalah."
"Dah tu? Kau cakap dengan aku Nia, aku dah risau ni kut-kut kau kena sampuk jembalang mana pula."
"Jembalang apa pula?" Tania mula tayang muka pelik.
"Yalah, kau mana pernah nak masuk tempat-tempat mewah tahap harga cekik arteri ni." Sipi-sipi mataku menjeling ke arah tanda harga pada beg tangan berhampiran. Mak, mahal dia kalah gaji sebulan aku!
Pada asalnya, aku yang mengajak si Tania ini keluar. Rancangannya nak belikan hadiah untuk Hud memandangkan hari lahirnya pun dah hampir tiba. Tup tup tak ada benda yang aku berkenan, dia pula yang tiba-tiba semangat tarik aku ke sini.
"Bukan untuk akulah. Abang aku yang minta tolong beli. Dia bagi duit, minta aku pilihkan sebab dia manalah reti."
"Dah kenapa tiba-tiba?" soalku. Peliklah juga, sebab yang minta belikan itu abang. Lelaki. Kalau perempuan mungkinlah logik sedikit.
"Kau jangan tak tahu, dia kan tengah syok bercinta dengan anak orang kaya."
"Lah? Lepas tu syarat perempuan tu apa? Kena supply handbag mahal tiap-tiap bulan ke?"
Perempuan zaman sekarang jangan dibuat main. Demand tak ingat, padahal bukannya berkualiti sangat nak dibuat isteri. Baru aku dengar mak aku bagitahu jiran sekampung kami minta wang hantaran 30 ribu. Gila betul, dah macam nak jual anak.
"Entahlah. Malas aku nak fikir pasal dia. Janji tak minta duit aku, sudah. Esok-esok papa kedana ke, cinta terputus tengah jalan ke padanlah muka dia. Orang cakap tak nak dengar." Tania terus menggumam seorang diri selepas itu. Aku malas nak masuk campur, biarlah dia melepaskan geram yang terbuku di dada.
Selesai urusan memilih dan membeli beg tangan, Tania terus minta diri. Katanya abang dia nak jumpa dia di kawasan berdekatan. Kami berpisah haluan dan selepas itu, aku atur langkah terus ke spa yang ada di dalam bangunan ini.
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang aku dah ada di sini, apalah salahnya sesekali manjakan diri sendiri?
Aku pilih sesi rawatan dari kepala sampai hujung kuku kaki. Hampir dua jam berada di sini, telefonku berbunyi di kala aku sedang menjalankan rawatan manicure.
"Sekejap ya," pintaku lalu telefon dikeluarkan. Menjeling ke arah nama pemanggil buat bibir mengukir senyuman spontan.
Alahai, ada yang rindu rupanya.
"Assalamualaikum, abang."
"Waalaikumussalam. Sayang kat mana tu?"
"Having some me time, alang-alang dah ada kat sini. Urusan dengan klien dah settle ke?"
"Dah. Tengah drive nak balik ni." Spontan, dalam kepala terbayang Hud yang sedang fokus memandu. Dengan shades yang melindungi matanya... kacak maut, confirmed!
Ah, sempat pula kau angau di tengah-tengah alam ni, Yara!
"Ni. Yara nak balik pukul berapa tu? Tadi pergi dengan Tania, kan?" Suaranya mematikan sindrom angauku.
YOU ARE READING
Her Imperfect Guy [completed]
RomanceYARA | HUD "Kerana ketidaksempurnaanmu sentiasa terlihat indah di mataku." Di sebalik keteguhan susuk tubuh itu serta dalam kedinginan tingkah yang dipamerkan, ada satu rahsia gelap yang cuba disoroknya serapi yang mungkin. Hud Zarrar. Pada perspekt...