A/N : Dapat teka ke apa yang akan diceritakan berdasarkan gambar di atas?
Btw, tajuk buku ditukar tapi jalan cerita tak berubah. Malas nak tukar banner tu, hehe.
PINTU bahagian penumpang hadapan dibuka lalu aku boloskan diri ke dalam. Tak menunggu lama, kereta mula bergerak meninggalkan kawasan apartment.
"Susah-susah je awak datang ambil saya," kataku memecah kesunyian. Hud menggeleng.
"Mana ada susah, bukannya jauh pun."
Pakaian yang dikenakan Hud pada hari ini aku perhati. Berbaju t berwarna hitam, seluar pun hitam. Bagai berjanji pula memandangkan aku turut mengenakan pleated long dress berwarna hitam.
"Hmm, macam kenal je tudung tu." Teguran Hud membuatkan tanganku spontan menyentuh hujung tudung yang dipakai. Bibir mengoyak sengihan panjang.
Memanglah kenal, ini memang tudung yang dia hadiahkan tempoh hari. Sengaja aku pilih untuk digayakan pada hari yang penuh bersejarah ini.
Ceh, bersejarahlah sangat ya Yara?
"Saya datang ni, parents awak tahu tak?"
"Lah, kan memang hari ni saya nak bawa awak jumpa dia orang? Takkanlah tak tahu? Yara... Yara." Aku tersengih. Ya tak ya juga.
Jari-jemari aku genggam erat, beribu-ribu doa mula dipanjatkan di dalam hati sepanjang perjalanan ini.
Walaupun aku tahu hubungan kami telah mendapat restu keluarganya dan mereka juga telah mengenali aku, namun aku tetap berdebar untuk bertemu dengan kedua bakal mertuaku.
Setiap simpang yang kami lalui terasa dekat di hatiku. Pusing kanan, pusing kiri, sah. Aku rasa aku tahu ke mana arah tuju kami tapi... tak mungkinlah. Agaknya rumah keluarga Hud terletak berhampiran kut, aku cuba memikirkan kemungkinan lain.
Namun apabila destinasi yang dituju itu semakin jelas terlihat di hadapan mata, rasa hairan itu mula timbul.
Ini ke... rumah keluarga Hud?
Dan apabila kereta berhenti betul-betul di hadapan pagar, makin bertambahlah rasa terpinga-pingaku.
"Yara?" Kepala ditoleh ke arahnya. Rupanya Hud dah pun turun dari kereta.
"Tak nak turun ke?"
"Ini rumah mak ayah awak?" Aku memulangkan soalan. Dia mengangguk kecil.
"Yalah. Kenapa? You look stunned."
Aku menggeleng lantas senyuman diukir sebelum turun dari kereta. Langkah diatur mengekori Hud ke pintu masuk.
"Sampai juga kamu berdua. Jemput masuk." Suara yang cukup aku kenali menerjah koklea telinga.
Datin Aishah?
"Hei, okey tak ni? Kenapa nampak macam terkejut je?" Hud berbisik di sisiku. Terkelip-kelip mataku memandang wajahnya.
YOU ARE READING
Her Imperfect Guy [completed]
RomanceYARA | HUD "Kerana ketidaksempurnaanmu sentiasa terlihat indah di mataku." Di sebalik keteguhan susuk tubuh itu serta dalam kedinginan tingkah yang dipamerkan, ada satu rahsia gelap yang cuba disoroknya serapi yang mungkin. Hud Zarrar. Pada perspekt...