A/N: Bermula dari sini, dialek negeri saya tulis dalam Bahasa Melayu standard. Penat dah nak translate satu-satu 😆
"Handsome juga mamat tu."
"Aku dengar tu husband Yara, kan? Untunglah dia."
"Kalaulah dia jadi husband aku, fuh!"
"Tak baiklah kau. Laki orang tu."
"Alaa, ada tiga kuota kosong apa?"
BERASAP-ASAP rasanya telingaku mendengar suara-suara sumbang di belakang aku ini. Cakap tak pandang kiri kanan! Tahu tak yang kau orang tengah gosipkan tu suami aku?
Yang buat aku tambah menyirap apabila kelibat itu dah tiga, empat kali asyik tunjuk muka di dapur ini. Memanglah sengaja nak cari penyakit. Ni yang buat aku rasa nak serkup plastik hitam di kepala dia.
"Eh, dia masuklah!" Suara itu berbunyi lagi. Aku terus buat-buat sibuk menyiang sayur.
Terasa ada hembusan nafas menyapa belakang kepalaku.
"Hai sayang." Spontan, perutnya aku siku perlahan. Segan jika jarak kami terlihat kurang sopan di hadapan orang.
"Sayang apa? Awak ni mengada, kan? Dah tahu ada banyak mata yang merenyam, sengaja nak lalu lalang area dapur ni," desisku kegeraman.
"Lah, dah barang yang nak diangkut ada kat dapur. Takkan abang nak pergi masuk bawah rumah pula?"
Aku cuma diam. Besen berisi kacang panjang dibawa ke pintu belakang. Dihulurkan kepada mak ngah untuk digoreng.
Boleh tahan ramai juga yang datang membantu dalam acara rewang di rumah nenek aku ni. Maklum, kenduri cucu lelaki pertama. Yang cucu perempuan pertama dah lepas, akulah tu orangnya. Ayah aku anak pertama daripada enam orang adik beradik.
"Tolong ambilkan plastik garam tepi tu, boleh?" pinta beliau. Baru aku hendak berpusing, kelibat di belakangku terlebih dahulu bertindak mencapai dan menghulurkannnya.
"Terima kasih."
Aku nampak Hud cuma senyum. Malas nak melayan, aku kembali ke singki dan capai pisau. Kali ni nak potong tembikai pula sebelum tangan itu menahan.
"Yara cemburu ke?"
Buat-buat tanya. Malas aku nak jawab. Hanya riak muka ditayang pada tahap cemberut yang maksima. Hesy, geramnya! Kalaulah suami aku ni fleksibel, dah lama aku lipat-lipat, lepas tu masuk dalam poket seluar!
"Kalau abang fleksibel, tak payah tunggu Yara lipat, abang sendiri dengan rela hatinya masuk dalam poket baju Yara."
Eh, tahu pula dia apa yang aku tengah fikir.
"Eee, apa ni!" Refleks, aku bergerak ke tepi tatkala sesuatu yang dingin menyentuh kulitku. Tawa Hud menerjah masuk koklea.
"Janganlah marah." Dia sua tembikai yang dilekap ke pipi tadi ke mulutku.
YOU ARE READING
Her Imperfect Guy [completed]
RomanceYARA | HUD "Kerana ketidaksempurnaanmu sentiasa terlihat indah di mataku." Di sebalik keteguhan susuk tubuh itu serta dalam kedinginan tingkah yang dipamerkan, ada satu rahsia gelap yang cuba disoroknya serapi yang mungkin. Hud Zarrar. Pada perspekt...