024

2K 178 1
                                    

FIGURA yang sedang mengikat tali leher itu dipandang dengan wajah cemberut. Hesy, pagi-pagi dah buat mood aku merudum! Tambah pula dengan muka tak bersalah dia, lagilah aku rasa nak meletup-letup!

"Memang kena pergi asing-asing ke? Pergi sama-sama kan lagi senang?" soalku dengan nada tak berpuas hati.

"Memanglah lagi senang, tapi abang busy sejak akhir-akhir ni. Selalu balik lambat, kesian Yara kena stay lama kat office."

"Dah tu Yara drive seorang-seorang abang tak kesian pula?" bidasku laju. Pergerakan tangannya terhenti lantas dia berpaling ke arahku.

"Precious... Janganlah macam ni." Hud labuhkan punggung di sebelahku. Tunak pandangannya menentang irisku.

"Abang janji, tak lama pun kita pergi asing-asing macam ni. Bagi abang seminggu."

"Seminggu? Lamanya!" protesku dengan tangan disilang ke dada.

"Ya, seminggu. By next week, kita dah boleh pergi satu kereta. Abang janji!"

Memicing mataku memandang Hud sebelum jari kelingking dihulurkan. "Promise?"

Hud senyum. Jari kelingking kami bertaut. Pinky promise!

"Mestilah. Dah, jangan buat muka gitu masuk kerja. Nanti orang cakap kita baru kahwin dah lancar perang dunia."

Spontan, aku tergelak mendengar kata-katanya. Entah kenapa aku emo sangat pagi ini, padahal Hud cuma mahu kami pergi berasingan atas dasar kesibukannya. Huh, makin mengada-ngada pula kau sejak berkahwin ni ya, Yara?

Menghampiri jam lapan, kami berdua selamat tiba di pekarangan bangunan syarikat. Sebaik sahaja aku turun dari kereta, Hud sudah terpacak berdiri di hadapan keretaku. Spontan sebelah keningku terangkat.

Bagai mengerti apa yang aku hairankan, Hud pun berkata. "Datang aje asing, tapi naik kenalah sama-sama. Meh sini." Hud menggamitku supaya mendekat.

Aku sembunyi senyum tatkala jemarinya bersulam dengan jemariku halusku. Refleks, aku turut membalas genggamannya. Erat sekali.

"Morning Encik Hud and Yara," sapa gadis penyambut tetamu yang mesra digelar Aimi. Aku cuma senyum membalasnya dengan senyuman manis.

Dari mula aku dan Hud melangkah masuk, setiap manusia yang terserempak dengan kami pasti mengucapkan sebaris ayat yang sama.

Sama ada ucapan selamat pengantin baru.

Atau, ucapan tahniah.

Dan setiap kali itu, naik kebas lidahku mahu membalas setiap ucapan itu dengan ucapan 'terima kasih'. Tak apalah, sekali seumur hidup saja dapat merasa perkara seperti ini.

Kaki melangkah masuk ke dalam lif saat pintunya terbuka luas. Bersama-sama kami, ada dua orang lagi staf wanita dan seorang lelaki turut berada di dalam ruangan ini.

Sebaik sahaja wanita kedua melangkah masuk dengan secawan kopi di tangannya, aroma kafein mula memenuhi ruang. Serentak dengan itu, kedengaran Hud di sebelah menghela nafas berat. Bibirnya juga diketap kuat seakan sedang menahan rasa. Pantas aku usap kekura tangannya.

"Abang okey?" bisikku perlahan. Dia senyum nipis dan mengangguk.

Ting! Pintu lif terbuka dan ketiga-tiga manusia tadi berlalu keluar. Dengan itu, segala aroma yang mengganggu Hud tadi beransur hilang.

"Boleh Yara tahu, kenapa abang tak suka minum kopi? Bukan setakat minum, bau pun sama," soalku setelah beberapa detik mendiamkan diri. Nampak badan Hud sedikit mengeras mendengarkan soalanku.

Her Imperfect Guy [completed]Where stories live. Discover now