003

2.3K 204 13
                                    

PAGI itu, sedang aku melakukan rutin harianku menyediakan air buat Encik Megat, suasana di luar pantri tiba-tiba bertukar kecoh. Pantas aku keluar bagi melihat apa yang sedang berlaku.

"Papa, we had talked about this. What do you mean by this? What is he doing here?" Bergema suara Encik Megat ke segenap ruang. Dapat aku lihat kelibat Dato' Megat bersama seorang lelaki yang tidak dapat dilihat wajahnya melalui dinding kaca bilik Encik Megat.

Boleh tahan juga suara mamat seorang ni. Pintu bilik tertutup pun boleh dengar sampai ke pantri. Dalam sibuk semua pekerja memerhati, pintu tiba-tiba terbuka dan Encik Megat keluar denga riak bengang.

"Kau orang tengok apa?" Tengkingannya buat kesemua zirafah jadian kembali memendekkan leher mereka. Aku turut menjadi mangsa jelingannya sebelum dia terus berlalu ke lif.

"Apa cerita ni kak?" soalku pada Kak Diana, pembantu peribadi kepada senior manager yang turut sama menyaksikan ketegangan yang sedang berlaku.

"Akak naik tadi, nampak dato' dengan lelaki tu dah tunggu dalam bilik Encik Megat. Tak lama lepas tu, Encik Megat sampai. Tak tahulah apa yang anak beranak tu bincang, tahu-tahu Encik Megat mengamuk."

"Lelaki tu siapa? Akak nampak ke muka dia?"

"Rasanya kalau dengar ayat Encik Megat tadi, lelaki tu adik dia." Berkerut dahiku mendengar penerangan Kak Diana.

"Adik? Encik Megat bukan anak tunggal ke?" Kak Diana mengangkat bahu sambil menggeleng-geleng.

Kelibat Dato' Megat dan seorang jejaka keluar dari bilik menghentikan perbualan kami. Spontan, kami berdua menunduk hormat apabila kedua lelaki itu melintasi.

"Saya rasa kan kak, notis *EGM tu sebab nak bincang pasal hal inilah." Aku melontarkan buah fikiranku. Kak Diana mengangguk-angguk.

"Logik juga. Eh, mujur Yara sebut pasal EGM. Akak nak setup laptop sekejap," ujar Kak Diana seraya berlalu meninggalkan aku.

Aku turut bergerak mejaku untuk mempersiapkan diri. Tak jadi nak buat kopi memandangkan tuan yang minta pun entah lesap ke mana. Fikiran melayang teringatkan lelaki di sisi Dato' Megat tadi.

Nampak macam akrab, tapi setahu aku Dato' Megat cuma ada seorang anak. Atau lelaki itu anak saudaranya? Atau mungkin juga ayat Fitri tempoh hari bakal menjadi kenyataan?

SEBAIK sahaja orang terakhir melangkah masuk, deheman Dato' Megat memecah keheningan bilik mesyuarat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEBAIK sahaja orang terakhir melangkah masuk, deheman Dato' Megat memecah keheningan bilik mesyuarat.

"Good morning everyone. Thank you for your cooperation. Firstly, I would like to apologize about the chaos that happened this morning." Bergema suara penuh karismanya ke segenap ruang.

"Tanpa membuang masa, tujuan saya mengadakan EGM hari ini adalah untuk memperkenalkan general manager baru yang menggantikan Megat Emir. Meet Hud Zarrar, your new general manager."

Voila! Tepat sekali perkiraanku. Tumpuan semua beralih kepada jejaka yang duduk di sisi kiri aku.

"Good morning everyone. As be introduced by Dato' Megat, I am Hud Zarrar. It's a great pleasure to be part of this prestigious company." Di hujung kata, jejaka bernama Hud itu menunduk sedikit.

"This is Yara, the personal assistant to our former GM." Dato' Megat turut memperkenalkan aku. Aku hanya tersenyum segaris.

Mesyuarat diteruskan dengan sesi berkenalan dengan beberapa ahli lembaga pengarah yang lain. Dan sepanjang perkara tersebut berjalan, mataku tak lepas daripada menjeling ke arah lelaki bersut hitam ini.

Kacak maut! Tak perlu melihat wajah penuhnya, cukup sekadar sipi-sipi saja dah terasa aura dan karismanya. Itu belum cerita rahangnya yang tajam dengan pakej renungan setajam helang. Cukup sekilas jelingan, terus menusuk ke jantung!

Hesy, gila kau ni Yara. Jangan nak merepek sangat!

Ralit memerhati tanpa menangkap waima sebutir aksara dari ucapan Dato' Megat, tanpa aku sedar mesyuarat telah pun sampai ke pengakhirannya.

"So I guess that will be all for today. Thank you." Dengan itu, semua termasuk aku bangun apabila figura berpengaruh itu bangun dari kerusinya.

Hilang kelibat Dato' Megat, satu-persatu turut meninggalkan bilik mesyuarat ini. Baru sahaja aku berura-ura berlalu ke arah pintu, suara garau itu membantutkan pergerakanku. Kepala kembali menoleh ke arahnya

"My room. Now," arahnya senada seraya bangkit dan menuju ke pintu. Aku hanya mengangguk patuh sebelum mengekori langkah kakinya.

Dag, dig, dug. Tiba-tiba jantung mula berdegup laju. Nervous! Harap sangat bos baru aku ni baik dan mesra alam. Jangan hilang yang buaya, yang datang harimau pula. Masaklah aku nak menghadap nanti.

Memasuki biliknya, aku hanya setia berdiri di bucu meja. Menanti arahan seterusnya dari lelaki berkulit tanned skin ini. Buat kesekian kalinya, wajahnya aku perhati lagi.

Romannya... tak ada sedikit pun yang sama dengan Dato' Megat mahupun isterinya Datin Aishah. Lelaki ini, wajahnya seakan punya darah selain Melayu. Keningnya, bentuk matanya persis lelaki dari timur tengah.

"Yara Alayna, am I right?" Suaranya menghentikan sesiku menganalisis rupa parasnya.

Aku mengangguk dalam rasa yang hairan yang terselit. Macam mana dia tahu nama penuh aku?

"I saw the label on your table. So, Yara? Or Alayna?"

"Yara." Dia mengangguk sekali.

"So, Yara. Lain orang lain cara kerjanya. Begitu juga dengan saya. Awak PA saya, perlu ikut cara saya. No worries, saya tak terlalu cerewet atau tegas. Do your job well, and I will do the same thing to you." Giliran aku pula yang mengangguk faham. Jaminannya buat aku sedikit lega.

"Unlike the bosses out there, I hate coffee. When I say hate, I really do. Jadi syarat pertama saya, tak perlu buatkan morning coffee untuk saya."

Hmm, syarat yang agak pelik. Tapi aku rasa tak perlulah aku menyoal lebih. Sekurang-kurangnya ringan sedikit skop kerja aku.

"Kedua, saya anti dengan orang yang tak menepati masa. So, don't be late. By 8.00 a.m, you must be here. Inside my room. Sharp. Understand?"

Angguk lagi. Ini pun tak jadi masalah memandangkan sebelum ini pun aku sentiasa lebih awal berbanding Encik Megat.

"Good. Jadi hari ni, saya nak tengok schedule *GM sebelum ni. Kalau perlu, reschedule semuanya semula. Any questions?"

"Hmm... Saya perlu panggil encik apa? I mean, which name? Hud or..."

"Hud. Call me Hud." Hud memintas laju. Buat kesekian kalinya, aku mengangguk lagi. Aura mamat ni memang boleh buat aku jadi burung belatuk jadian.

"Baik, Encik Hud. Saya keluar dulu?"

"Sure. By the way, nice to meet you, Miss Yara," ucapnya dan di akhir kata, bibirnya naik mengukir senyuman. Menampakkan dua kawah dalam terbentuk di pipi kanan dan kirinya. Buat aku terpukau secara automatik.

Mak... Manisnya dia senyum!

Glosari

*EGM = Emergency General Meeting
*GM = General Manager

Her Imperfect Guy [completed]Where stories live. Discover now