002

2.6K 184 6
                                    

TOPI keselamatan berwarna putih aku tanggalkan dan diletak di atas riba. Kepala yang dilapisi tudung digaru perlahan. Boleh tahan panas cuaca hari ni.

Sebotol air mineral yang tiba-tiba dihulurkan membuatkan aku mendongak ke arah pemberinya. Fitri, rakan sekerja aku tersenyum nipis. Pantas aku sambut botol yang kelihatan dingin itu. Tahu-tahu saja aku tengah haus.

"Terima kasih. Mana dapat?" Penutupnya aku buka dan air diteguk rakus. Tekak yang terasa gersang serta-merta terasa sejuk dan hilang dahaganya.

"Aku belilah," balasnya. Kami sama-sama terdiam selepas itu. Cuma kedengaran suara buruh pembinaan yang sibuk melakukan tugasan masing-masing.

"Sorry Fit, tak pasal-pasal kau kena turun site. Encik Megat punya pasal la ni," ucapku perlahan. Keadaan aku tak ubah seperti diluah mati emak, ditelan mati bapa.

Yalah, Encik Megat tu bos aku. Kalau melawan lain pula jadinya tapi masalahnya apa yang dia suruh memang jelas menyalahi etika kerja. Ini pun dah kira ajaib aku boleh bertahan dengan perangainya selama hampir tiga tahun.

"Alah kau ni, macam aku tak biasa. Tak ada apalah, lagipun aku bukannya handle apa-apa projek pun sekarang ni." Fitri cuba menyedapkan hatiku.

"By the way, aku dengar dato' nak ganti Encik Megat dengan orang lain." Fitri mengubah topik perbualan. Aku menoleh ke arahnya.

"Mana kau tahu?"

"Aku dengar budak-budak admin bergosip kat pantri. Katanya perangai berfoya-foya Encik Megat dah sampai ke BOD. Kita tengoklah macam mana." Kepala diangguk-angguk mendengar penjelasannya.

Hmm... Masin pula mulut aku. Baru aje semalam berbual tentang ni dengan Tania.

"Bagus juga. Aku baru ingat nak angkat kaki kalau dia tak kena tukar juga. Tak habis-habis nak kena layan koleksi makwe tiga suku dia. Dasar crocodylus porosus." Fitri tertawa mendengar bebelan kecilku.

"Confirm dia mengamuk besar kalau dapat tahu ni. Yalah, ayah sendiri nak ganti dengan orang luar. Kalau aku pun rasa terhina." Aku sekadar angkat bahu.

"Nasiblah. Dah buat kerja pun serupa tak buat, memang mendapatlah," kataku sebelum kembali meneguk air di tangan.

Kalau betul apa yang Fitri bagitahu ni, aku harap sangat bos baru aku nanti lebih bertanggungjawab dan amanah. Kalau perangai dua kali lima, memang aku angkat kaki sajalah.

LIMA minit menghampiri jam lima petang, aku mula mengemas segala fail dan komputer turut dimatikan suisnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

LIMA minit menghampiri jam lima petang, aku mula mengemas segala fail dan komputer turut dimatikan suisnya. Beg disandang ke bahu.

"Nak balik dah ke Yara?" sapa wanita yang duduk di sebelah mejaku. Aku panggil dia Kak Ad.

Berbalik kepada soalannya, aku angguk.

"Haah Kak Ad. Kerja tak banyak, Encik Megat pun dah balik. Saya pun balik jugalah." Sempat aku sengih di hujung kata. Punyalah suka hari ni dapat balik awal.

Her Imperfect Guy [completed]Where stories live. Discover now