009

2.1K 176 13
                                    

PULAU PERHENTIAN, TERENGGANU

"BABE, besarnya bilik kita!" Tania menjerit keterujaan sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik penginapan kami.

Dengan perangai keanak-anakannya Tania meluru ke katil dan berguling-guling di atas tilam tebal tersebut. Aku menggeleng pasrah. Minah ni kadang-kadang otak dia memang tak centre sangat.

Tapi tak dapat dinafikan, bilik ini memang besar. Untuk staf biasa-biasa seperti kami, ini memang lebih daripada selesa. Terbayang pula bilik yang dihuni orang atasan macam Hud. Confirm terlajak selesa.

"Nanti kalau runtuh katil tu, kau menjawablah dengan management resort. Aku tak tahu apa-apa," kataku sambil menanggalkan jam di hadapan meja solek. Tania tersengih menampakkan gigi putihnya.

"Eh Yara, kenapa aku tak nampak pun bos handsome kita? Dia tak join ke?"

"Dia ada urusan lagi kat KL. Tak silap aku malam ni atau esok dia datang."

"Dah tu kau? Tak payah ikut dia?" Tania menyoal lagi. Minat betul dia ni kalau bercakap bab the hottest handsome bachelor itu.

"Urusan peribadilah, bukan urusan kerja. Tak ada kena-mengena dengan aku pun."

Tania mengangguk-angguk. Aku beralih duduk di sofa bersebelahan katil. Tudung yang menutupi rambut ditanggalkan dan ikatan rambut turut dileraikan.

"By the way, petang ni kita buat apa je?" soalku. Selalunya kalau bab-bab jadual perjalanan, Tanialah yang paling jaguh bab mengingat.

"Seingat aku petang sampai malam ni kita bebas. Bolehlah nak pusing-pusing pulau dulu."

"Esok?"

"Esok lepas breakfast, kita ada beach volleyball tournament. Lepas tu adalah beberapa lagi aktiviti team building. Apa-apa pun, nak tak malam ni pergi tengok fire show?"

"Kat mana? Bila?"

"Pukul 10:30, kat Pulau Kecil. Kalau nak pergi, kena naik teksi airlah," jelas Tania. Aku berfikir sejenak sebelum mengangguk setuju.

"Bolehlah. 10:30 eh? Pukul 10:00 kita gerak." Tania buat isyarat thumbs up.

"Alright miss, noted. Aku nak salin baju jap. Lepas tu nak pergi bilik Kak Di." Tania bangkit ke beg galas miliknya. Aku mengerut dahi.

"Bilik Kak Di? Buat apa?"

"Babysit si comel Daniel. Kak Di nak me time dengan husband dia."

Terus dalam kepala terbayang muka si kecil yang baru kami kenali di dalam feri tadi. Pipi tembamnya, mata bundarnya, comel!

"Aku ikutlah." Pantas aku turut bangkit. Lagipun rasa rugi pula kalau sampai sini setakat nak terperap dalam bilik. Bukannya selalu boleh sampai ke pulau ini walaupun hakikatnya aku memang berasal dari negeri Terengganu.

Bilik Kak Diana yang terletak selang beberapa pintu dituju setelah selesai menukar pakaian. Loceng ditekan sekali dan beberapa saat, wajah suaminya, Saiful terjengul dari celah bukaan pintu.

"Nak ambil Daniel ya?" Kami mengangguk serentak. Dia kembali ke dalam dan beberapa saat keluar semula bersama Daniel dalam dukungan.

"Jaga anak akak tu baik-baik." Sempat Kak Diana menurunkan pesanan. Tangan aku letak di kepala dengan gaya menabik.

"Saya yang menurut perintah, puan!"

"Anak papa jangan susahkan aunties okey? Daniel good boy, kan?" Ayah Daniel mengagahnya sehingga mengekek si kecil itu tertawa.

Her Imperfect Guy [completed]Where stories live. Discover now