033

1.8K 164 8
                                    

SUNYI sesunyi-sunyinya. Nak telan air liur pun aku terasa kejung saat ini. Manakan tidak, aku tersepit di antara dua jejaka yang tak sudah-sudah berbalas renungan maut setajam pedang!

Tadi, sebaik sahaja lif kembali berfungsi, bukan main terkejut aku bila nampak muka Farhan yang tercegat di luar pintu lif. Seakan tiada apa-apa, mamat seorang ini terus mengorak langkah masuk dan belum sempat pintu tertutup, Hud tiba-tiba muncul entah dari mana dan turut menyelinap masuk bersama.

Maka, di sinilah aku sekarang.

"Err, Encik Farhan... buat apa kat sini?" Aku menyoal setelah beberapa ketika.

"Perlu ada sebab ke saya datang nak tengok buah hati saya?"

Gulp! Entah kenapa, perkataan buah hati itu buat aku rasa sesuatu pula. Tak mungkinlah pula dia maksudkan aku, tak nampak ke encik suami aku tengah berdiri betul-betul di antara kami berdua ni?

"Tak gitu Hud?" Farhan mengalih pandangan menghadap Hud. Dengusan kasar Hud menerpa kokleaku.

"I warned you once. Don't you get it?" desis Hud dengan riak ketat. Aku pula yang naik seriau melihatnya.

"Eh, takkan kau cemburu kut? Come on man... You know what I mean, right?"

"Abang, don't." Aku menahan tatkala langkahnya mara satu ke hadapan. Hud ketap bibirnya sebelum akur.

Aku betul-betul tak faham. Hal apa yang sebenarnya Farhan cuba untuk memprovok suami aku ini?

"Apa yang awak nak sebenarnya, Farhan?"

Tawa sinis terlolos dari bibirnya.

"Aku rasa, wife kau belum tahu apa yang kita tengah cakap ni, kan? Kau belum bagitahu dia?"

"Atau... kau nak aku sendiri yang tolong bagitahu?"

"Tutup mulut kau, sial!" Sekelip mata, kolar baju Farhan dicekak kasar oleh Hud tanpa sempat aku menahan. Kaget sesaat.

"Kau buka mulut, memang habis aku kerjakan kau!"

"Abang, let him go!" jeritku panik. Namun malangnya tak diendahkan Hud, sebaliknya makin kuat cengkamannya pada leher jejaka itu.

"For the last time I warn you, never mess up with me."

"I know you specially, Hud." Farhan membalas berani. Kedua-duanya saling berbalas pandangan penuh ketegangan sebelum aku bertindak menarik Hud secara paksa.

"Abang, sudahlah!"

Penuh susah-payah aku leraikan cengkaman tangan kekar itu sebelum akhirnya ia terlerai dengan sendiri. Pergelangan tanganku disambar Hud.

"Sekali lagi kau muncul depan aku atau bini aku, nahas aku kerjakan kau," ungkapnya sebelum aku ditarik mengekorinya keluar dari perut lif.

"Sekali lagi kau muncul depan aku atau bini aku, nahas aku kerjakan kau," ungkapnya sebelum aku ditarik mengekorinya keluar dari perut lif

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Her Imperfect Guy [completed]Where stories live. Discover now