MELBOURNE, AUSTRALIA
BUNYI pancuran air dari dalam bilik mandi memecah kesunyian bilik. Langsir yang menjadi pemisah antara bilik dan balkoni diselak, menampakkan pemandangan malam kota Melbourne yang bermandikan cahaya.
Hampir lapan jam berada di dalam perut pesawat, sampai sekarang lantai dan katil pun aku tak tahu nak bezakan. Nak tidur pun, malam masih muda. Tak bulan madulah namanya kalau asyik nak membuta sahaja.
Kaki mula dibawa berlegar-legar sekitar rumah berupa studio ini. Tadi sebaik sahaja mendarat, terus Hud bawa aku ke sini dan dibuatnya macam rumah sendiri. Hairan juga pada mulanya, tapi aku malaslah nak bertanya lebih. Kalau betul pun ini rumah dia, apa nak pelik? Dia kan memang pernah bermastautin di sini.
Pintu bilik mandi yang terbuka buat aku menoleh ke arahnya. Terjengul kepala Hud dengan air yang menitis dari hujung rambutnya.
"Sayang, ada nampak shampoo abang kat mana?" Berkerut halus dahiku mendengar soalannya.
"Tak ada ke dalam beg toiletries tu?"
"Tak adalah. Abang letak atas meja kat rumah tadi. Yara ambil tak?"
Terkebil-kebil aku pandang mukanya sebelum lambat-lambat mengukir sengihan. Hud tergeleng perlahan.
"Tak apalah." Dia masuk semula dan keluar dengan tubuh yang lengkap berbaju. Biarpun rahsianya yang satu itu sudah aku ketahui, dia masih memilih untuk menutup segala ukiran tatu tersebut.
Tubuh dijatuhkan ke tilam yang empuk. Terasa ruang di sisiku dihenyak sesuatu selepas itu. Tatkala ikatan rambutku melonggar, laju lidah menyerunya dengan nada memberi amaran.
"Abang..."
"Tak sukalah Yara ikat rambut. Lepas macam ni lagi cantik." Rambutku yang panjang separas dada dipintal-pintalnya dengan jari.
"Maknanya selama ni Yara tak cantiklah? Sebab selalu ikat rambut?"
"Kan abang cakap lagi cantik? Kena tahu beza kat situ." Memicing mataku mendengar jawapannya. Mulut tu, ada saja buah nak menjawab!
"Selalunya abang buat apa masa-masa macam ni?" tanyaku, tiba-tiba rasa nak tahu rutin hariannya selama lima tahun bermastautin di negara orang.
"Hmm, let's see. Sekarang pukul sembilan, selalunya abang tak balik lagi. Biasanya dalam pukul satu baru sampai rumah. Kadang-kadang, tak balik langsung. Yalah, kalau balik pun duduk seorang juga."
"Makan pula macam mana?"
"Tapau ajelah. Bukan tak belajar memasak, tapi pernah sekali tu sampai satu dapur kena sembur dengan fire suppression. Sekali tu ajelah masaknya, lepas tu memang makan kat luar je." Tawaku lepas mendengar ceritanya. Terbayang bagaimana kelam-kabutnya keadaan apabila air tiba-tiba membasahi dia dan masakannya. Haha.
Jeda. Sekonyong-konyong, Hud mengiring menghadapku dan irisnya mengunci mati seluruh pergerakan tubuhku.
"Abang suka mata Yara. Cantik," pujinya tiada angin tiada ribut. Bibirku mencebir.
"Eleh... ni puji ada maksud ke macam mana?"
"Mana ada. Betul, mata Yara cantik. Hidung Yara, bibir, kening... semua cantik."
"You're talking like an obsessed husband."
"I am. Super obsessed with your beauty."
Lagilah riak meluat aku tayang. Kalau bab mengipas, boleh tahan juga laki aku ni. Padahal bukannya cantik sangat pun kalau nak dibandingkan dengan wanita-wanita berambut blonde yang pernah mendampinginya sebelum ini.
YOU ARE READING
Her Imperfect Guy [completed]
RomanceYARA | HUD "Kerana ketidaksempurnaanmu sentiasa terlihat indah di mataku." Di sebalik keteguhan susuk tubuh itu serta dalam kedinginan tingkah yang dipamerkan, ada satu rahsia gelap yang cuba disoroknya serapi yang mungkin. Hud Zarrar. Pada perspekt...