013

1.9K 172 9
                                    

"SAYA minta diri dululah mak cik, pak cik. Terima kasih jamu makan tengah hari, sedap-sedap semuanya." Hud meminta diri setelah jam mula menginjak ke angka tiga. Dalam segan dia pun, bukan main lagi berborak dengan abah aku. Macam dah kenal lama!

"Sama-sama. Tak dok mende eh setakat jamu makang. Ada rezeki mari lagi."

"Insya-Allah." Sempat dia pandang aku sekilas. Aku cuma ukir senyuman.

Hud bergerak ke sedan hitam mewahnya. Pintu hadapan dibuka lalu dia masuk ke dalam. Bunyi enjin terbatuk-batuk menerjah koklea telinga tatkala kunci dipulas.

"Doh guane pulok tu (Kenapa pula tu)?"

"Err... tak tahulah. Macam tak boleh nak hidup je." Hud keluar semula dan membuka but hadapan kereta.

"Di, mari tengok kete Hud ni. Dok buleh nok stak ni (Tak boleh nak hidupkan ni)."

Beberapa minit adikku itu menggodek-godek kereta Hud, dia menggeleng perlahan. "Minyak hitam bocor ni bang." Terangkat keningku mendengar panggilan yang digunakan.

Hai, sampai dah berabang-abang ke?

Hud berdecit perlahan. "Sini ada workshop dekat-dekat tak?" Dia pandang aku. Aku sekadar angkat bahu. Manalah aku tahu!

"Mat pomen tu bukok ke rini Di (Mat si mekanik tu buka kedai ke hari ni Di)?" soal abah. Yadi geleng kepala.

"Dok aboh, dia kabo dia tutup maring ngan hari ni (Tak abah, dia bagitahu dia tutup semalam dan hari ini)."

"Pulok. Pah guane lening (Pula. Macam mana sekarang)?" Abah pandang mak. Mak pandang aku.

Hesy, ni yang aku tak sedap hati ni. Lain macam aje cara mak pandang aku. Jangan-jangan...

"Tidur sini dululah. Esok baru bekki kete. Sini tak dok pomen lain. Kalu ada pung, bukangnya dang nok siap (Esok baru baiki kereta tu. Kat sini tak ada mekanik lain. Kalau ada pun, tak akan sempat siap hari ini)."

Crap! Inilah yang aku tak nak dengar. Dia ajak tidur sini pula, aduhai...

"Eh, tak apalah. Susahkan keluarga mak cik je, saya ni tetamu tak diundang." Kata-kata Hud disambut gelengan laju oleh mak.

"Dok susoh eh, tak dok mende pung. Yara, gi kemah sikit bilik Yadi (Tak susahlah, tak ada apa pun. Yara, kemaskan bilik Yadi)."

Bibir dimuncungkan mendengar arahan mak. "Orang pulok, suruh tuan bilik la," rungutku.

"Yara..." Suara abah bergetar nada amaran. Aku tayang riak akur. Sempat juga jeling ke arah Yadi sekilas.

Huh, tak pasal-pasal jadi housekeeper segera pula. Yang kereta dia ni pun satu, depan rumah mak abah aku jugalah kau nak rosak!

 Yang kereta dia ni pun satu, depan rumah mak abah aku jugalah kau nak rosak!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Her Imperfect Guy [completed]Where stories live. Discover now