010

2.1K 184 11
                                    

SEBATANG pokok kelapa dijadikan tempat kami melabuhkan duduk di tepi gelanggang ini. Pagi ini, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Aku dapat kumpulan tujuh, sekumpulan dengan Tania.

"Untunglah kau, dapat satu group dengan anak saudara dato'!" Kedengaran suara berbisik dari arah belakangku. Kemudian rakannya turut berbisik sesuatu sebelum keduanya mengekek ketawa.

Orang kata kalau sikit-sikit bolehlah, lebih-lebih siapa nak layan? Macam sekarang inilah. Fenomena Hud Zarrar masih belum surut walaupun dah hampir sebulan dia masuk bekerja. Dari bahagian pengurusan sampailah cleaner pejabat, semua asyik bercakap tentang bos aku yang seorang itu.

Hud itu, Hud ini. Pergi mana-mana pun ada yang menjeling gatal. Yang meluat dengarnya, akulah. Belum cerita ada gosip-gosip liar apabila aku terlihat sentiasa bersama dengan dia.

Masalahnya sekarang ni, bukan aku yang beria nak menempel dengan mamat seorang tu. Dia sendiri yang muncul setiap kali di mana jua aku berada. Bak kata Tania, dah macam sidekick. Cakap dengan aku, salah aku juga ke?

Dan hari ini apabila aku ditakdirkan berpisah kumpulan dengannya, aku jadi lega sendiri. Biarlah orang lain rasa rugi sebab tak dapat sekumpulan dengan dia, yang penting aku tak dilihat sentiasa 'melekat' 24 jam dengan dia lagi.

Acara pertama yang diadakan pada hari ini adalah bola tampar pantai. Memandangkan acara ini hanya untuk peserta lelaki, maka kami para kaum Hawa hanya bertugas sebagai pom pom girl berjaya. Kalau tanya aku sokong siapa, dah tentu-tentulah wakil kumpulan aku.

"Aku rasa kan, anak dara yang turun tengok hari ni semua sokong Encik Hud," bisik Tania kepadaku.

"Kenapa pula?"

"Tu..." Memuncung bibirnya ke satu arah. Lantas kepala ditoleh ke arah yang dimaksudkan.

Kelihatan sekumpulan gadis-gadis sedang berkumpul di tepi kawasan Hud dan pasangan regunya. Mata dijulingkan ke atas. Dasar miang keladi, pantang nampak lelaki ada biceps!

Preet!

Sorak-sorai mula kedengaran tatkala bola melambung tinggi ke udara. Macam yang Tania kata, semua sibuk memekik nama 'Encik Hud' sedari tadi. Waima yang asalnya dari kumpulan lain. Aku jeling ahli kumpulan aku.

"Jangan risau Yara, kami sokong Akmal dan Putera!" Juwita menjawab bagi pihak semua. Aku bagi isyarat thumbs up, bagus!

Permainan berlangsung dengan sengit. Setakat ini, Hud dan regunya Syed Irsyad berjaya mengumpul 18 mata, cuma dua mata ke hadapan berbanding lawan mereka yang juga wakil kumpulanku.

Dalam riuh suasana perlawanan, tanpa diduga bola yang dipukul pasangan Hud tersasar dan meluru laju ke arah kami para penonton.

"Yara, watch out!"

Bum! Tak sempat nak mengelak, bola menghentam kuat pipi kananku. Gelap sekejap dunia aku rasanya.

Preet!

"Yara, kau okey tak?" Cemas suara Tania berbunyi.

"Yara, can you hear me?" Kali ini, suara Hud. Aku nak beri respons, tapi denyutan yang makin kuat buat aku tak mampu nak menggerakkan kepala.

"Somebody help her, bring her to the room. Irsyad, teruskan game dengan orang lain." Hud bersuara lagi mengeluarkan arahan.

Suasana sekarang? Jangan cakaplah. Macam lalat hurung makanan. Kecoh sana sini, maklumlah jejaka idaman semua tengah cemas kerana seorang gadis.

Apa yang aku pasti, sah lepas ni ada banyak lagi gosip yang aku kena hadap.

Apa yang aku pasti, sah lepas ni ada banyak lagi gosip yang aku kena hadap

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Her Imperfect Guy [completed]Where stories live. Discover now