007

2.1K 195 16
                                    

SEPERTI yang Hud katakan semalam, hari ini kami berpeluang melakukan aktiviti island hopping dan scuba diving. Kan seronok kalau setiap outstation begini tentatifnya. Macam ni setiap minggu kena kerja di luar pejabat pun aku tak ada masalah!

Malam ini malam terakhir kami di sini, dan aku ambil keputusan untuk berpusing-pusing di sekitar resort. Cuma seorang diri, rasanya tak perlu kut aku inform Hud setiap gerak-geri aku. Dia cuma bos, bukannya suami aku, kan?

Memandangkan sekarang bukanlah musim cuti sekolah mahupun cuti umum, jadi boleh dikatakan kawasan resort lengang tanpa pengunjung. Kalau ada pun cuma beberapa pelancong yang datang dari luar negara.

Kawasan kolam renang terbuka menjadi destinasi terakhir sesi resort tour sendirian berhad kali ini. Ditemani angin malam dan langit malam yang agak cerah, punggung dilabuhkan di birai kolam. Kaki dibiarkan terjuntai ke dalam air berklorin.

Dua hari bersamanya di negeri di bawah bayu ini buat aku lebih mengenali seorang Hud. Perkara yang paling susah untuk aku peroleh daripada dia ialah senyumannya. Mahal dan limited edition.

Mimik mukanya taklah sedingin bongkah ais Antartika. Cuma perilakunya agak kaku dengan orang sekeliling. Tak banyak bercakap. Hanya satu yang agak pelik tentangnya, ialah cara dia menjagaku sepanjang kami berada di sini.

Entahlah. Kadang-kadang, dia buat aku rasa ada sesuatu di sebalik layanan terlajak baiknya itu. Aku ni bukanlah perempuan yang jenis senang terbuai dengan mainan perasaan, tapi hati ini ada rasa semacam jugalah apabila terkenang kembali sikapnya.

Entah berapa minit berlalu, aku buat keputusan untuk kembali ke bilik apabila jam menghampiri angka sembilan. Namun entah di mana silapnya, kakiku tersadung batu marmar di tepi kolam dan...

Debush!

Panik. Kaki meronta-ronta mencari dasar kolam, malangnya terlalu dalam. Terkapai-kapai tanganku mencari tempat berpaut. Aku tak pandai berenang!

"Tolong!" Tenggelam timbul suaraku bergema, namun tiada yang menyahut.

Sekarang, aku menyesal. Menyesal tak belajar berenang dengan adik aku zaman sekolah dahulu. Akibatnya, inilah dia.

Sendi mula melemah, air yang berlumba-lumba memenuhi rongga menghentikan cubaan meminta tolong. Reda sereda-redanya. Mungkin inilah pengakhiran hidup seorang Yara Alayna.

 Mungkin inilah pengakhiran hidup seorang Yara Alayna

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Debushh!

BUNYI percikan air menerjah koklea dan tak lama selepas itu, lenganku ditarik kasar dan ada angin yang menyapa kulitku. Terasa pipiku ditepuk lembut dan ada suara sayup-sayup menyebut namaku.

Aku tak tahu apa yang sedang berlaku, yang kedengaran cuma suara itu berulang kali memanggil namaku.

Sehinggalah dadaku terasa ditekan kuat berselang-seli dengan sesuatu menindih bibirku.

Her Imperfect Guy [completed]Where stories live. Discover now