027

1.9K 183 2
                                    

"ABANG ada hal sekejap. Duduk rumah elok-elok." Mata menjeling sekilas ke arah figura yang kemas berpakaian itu sebelum kembali menatap majalah di tangan. Mulut ingin bertanya ke mana destinasinya, namun hati melarang untuk berbuat demikian.

Ah, kau memang berhati batu Yara!

"Love you as always."

Chup! Sedar-sedar sahaja bibirnya sudah melekat di ubun-ubunku dan sepantas kilat Hud berlalu ke pintu utama. Terkebil-kebil sesaat aku dibuatnya.

Sebaik sahaja pintu tertutup rapat, majalah diletak ke sofa. Ya, inilah masanya! Sejak semalam aku asyik memikirkan jalan penyelesaian untuk segalanya. Tak lena tidurku gara-gara memikirkan siapa sebenarnya Hud.

Sampaikan ada terlintas dalam fikiran aku Hud merupakan anggota kumpulan kongsi gelap. Imaginasi yang agak melampau dan merepek, aku tahu. Sila salahkan otak aku yang mudah terpengaruh drama-drama dan filem-filem.

Tombol pintu bilik kerja Hud dibuka. Selama tempoh tinggal di sini, bilik inilah bilik yang paling jarang aku menjejakkan kaki. Hud sendiri jarang masuk ke sini melainkan atas urusan kerjanya yang tak pernah ada noktahnya.

Sempat aku memerhati susunan perabot dalam bilik ini. Memang sama sebiji dengan biliknya di pejabat. Kemas dan minimalis. Mejanya di sebelah tingkap aku hampiri.

Laci pertama dibuka. Cuma ada fail dan kertas. Tutup semula. Beralih ke laci seterusnya. Sama juga.

Habis keenam-enam laci di kiri dan kanan mejanya digeledah, satu bukti pun tak aku temui. Baru aku berura-ura membuka rak kabinet di belakang mejanya, pintu tiba-tiba terbuka dari luar.

Iris hitam itu terpaku padaku, mengunci segala pergerakan tangan yang tadinya lincah bergerak.

Busted.

ROSAK, rosak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ROSAK, rosak. Macam mana dia boleh ada kat sini pula?

"Yara buat apa kat sini?" Suaranya membawa aku kembali ke realiti. Secepat kilat aku cuba berlagak biasa, seakan tak pernah berbuat apa-apa.

"Saya nak keluar," tuturku lantas cuba meloloskan diri namun Hud lebih pantas menghalang. Lengan kekarnya diangkat menghadang pintu.

"Never. Tak kira apa pun, abang nak kita selesaikan semuanya hari ini." Tegas Hud bersuara. Aura seorang Encik Hud si general manager mula tersebar di segenap ruang.

Nafas dihela dalam-dalam. Mungkin ini harinya. Lagipun, sampai bila kami nak bawa haluan masing-masing dan berlagak seperti orang asing?

Her Imperfect Guy [completed]Where stories live. Discover now