032

1.7K 156 6
                                    

SUNYI. Tiada sepatah bicara pun yang mampu terungkap oleh mana-mana lidah di dalam ruang ini. Masing-masing cuma menekur ke meja, bertukar-tukar isyarat melalui mata dan tercuit-cuit paha rakan sebelah seperti mana yang Tania sedang lakukan padaku ketika ini.

"Memang tak ada sesiapa yang nak jawab soalan saya ke?" Suara garau itu berbunyi lagi.

Diam sediam-diamnya. Aku rasa kalau ada sebatang jarum terjatuh, pasti bunyinya berdesing sampai ke aras parkir bawah tanah.

"Aiman." Terkulat-kulat tuan punya nama tatkala namanya diseru.

"Y... ya Encik Hud?"

"Awak yang deal dengan pihak kontraktor, kan?"

"Ya saya."

"Macam mana isu penting macam ni boleh awak terlepas pandang?"

"Sa... saya..."

Dum! Bunyi hentaman kuat menyentak kami semua.

"Kalau macam inilah awak semua buat kerja, apa nak jadi dengan company ni?" jerkah Huh. Wajahnya merah padam. Masa ni jangan kata orang lain, aku sebagai isteri dia pun turut sama terketar lutut.

"Sekarang ni, isu pekerja tanpa permit sah ni tengah hangat. There is no thing such as overlooked because you should be aware about this! Macam mana buat kerja kalau semuanya cuai?" Dia menengking lagi. Semua hanya mampu menikus, diam tak berkutik sementara majikan kami menghamburkan kemarahannya.

Hud tarik kerusi dan kembali duduk seraya memicit pelipisnya. Jelas kelihatan urat-urat lehernya timbul dan ada peluh yang merenik pada dahinya.

"Saya nak awak cari kontraktor baru. The resort launching should be on the next month. By hook or by crook, I want the things settle by today. Faham?"

Sunyi.

"Faham ke tidak?"

Hesy, tak boleh jadi ni. Ini kalau aku biarkan, silap-silap benda lain pula yang terjadi. Mahu tak mahu terpaksalah aku jadi kipas tolong alihkan angin monsun bos kami yang seorang ini. Disebabkan tangannya terlalu jauh untuk aku capai, kaki di bawah meja aku bawa memijak sedikit kasut kulit yang dipakainya.

Sekonyong-konyong, pandangan mata kami bertembung.

Aku angkat kening dan beri isyarat supaya menamatkan semuanya. Nampak dia ingin membantah, terus aku tekan kaki pada kasutnya. Hud merengus kasar.

"Semua bersurai." Dengan itu, semua tergopoh-gapah meninggalkan atmosfera yang terasa tegang ketika ini.

Kecuali aku. Aku bangun ke arah pintu setelah semuanya menghilang lalu kunci dipulas. Badan kemudiannya dipusing ke arahnya dan tangan aku silang ke dada.

"We need to talk. You look miserable," ungkapku dengan mimik serius. Hud raup rambutnya ke belakang.

"Abang cuma stres pasal kerja..."

"Tak. Ni bukan pasal kerja. Encik Hud yang Yara kenal tak pernah melenting depan pekerja-pekerja dia. You once told me that anger will never settle the problems," potongku. Mata melingas menatap segenap wajahnya sebelum aku mengeluh perlahan.

"Am I your wife?"

Nampak dahinya berkerut halus.

"What do you mean?"

"Abang ada masalah, tapi tak pernah nak cakap dengan Yara. Simpan seorang-seorang. Pendam seorang-seorang. Abang buat Yara rasa macam isteri tak guna. Nak pinjamkan telinga dengar masalah husband sendiri pun tak boleh," luahku panjang lebar. Rasa nak menangis pun ada. Sikap berahsianya betul-betul buat aku rasa terbuang.

Her Imperfect Guy [completed]Where stories live. Discover now