043

2K 163 0
                                    

A/N : Psst... Dah nak habis! 🙈

 Dah nak habis! 🙈

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"IBU..."

Tilam yang terasa bergerak-gerak di sebelah buat aku terpisat-pisat membuka mata. Perkara pertama yang aku lihat, Hud yang seakan meracau dengan mata yang terpejam rapat.

"Abang?" Bahunya ditepuk sekali. Mulutnya masih menggumam sesuatu yang aku sendiri tak mampu fahami.

"Abang, bangunlah. Mengigau pula dia."

"Ibu... Jangan pergi, Hud nak ibu..."

Kaget. Tergamam aku mendengar suaranya yang melirih biarpun itu sekadar igauannya.

Sebenarnya, ini kali kedua aku dengar dia mengigau sebegini. Hud nampak agak terganggu selepas aku membuka cerita tentang pertemuan dengan Fiya tempoh hari. Kadang-kadang aku sendiri nampak skrin komputernya menyala dengan maklumat mengenai Jabatan Pendaftaran atau artikel-artikel mengenai cara menjejaki keluarga kandung yang telah lama terpisah.

Dia rindu akan ibunya. Aku tahu dan boleh nampak, cuma malas nak bertanya kerana aku tahu dia jarang mahu menonjolkan emosinya di hadapanku.

"Ibu..." Sekali lagi, suaranya berbunyi lirih. Kali ini berserta pakej mutiara jernih yang mengalir lesu di hujung matanya. Menyentap tangkai jantungku yang menyaksikannya.

Allah, surutkanlah bisa rindu yang sekian lama bermukim dalam hati suamiku ini.

"Shh, tidurlah. Ibu tak ada, tapi Yara selalu ada. Yara ada untuk abang." Rambutnya diraup ke belakang dan belakangnya aku usap perlahan. Memujuk. Menenangkan.

Beberapa saat berkeadaan begitu, dia kembali tenang selepas itu. Melihatkan wajah lenanya yang persis bayi buat aku tersenyum nipis.

Dia nampak gagah, tampak hebat dan kuat di mata orang. Namun hakikat yang sebenar, cuma aku yang menyaksikan betapa rapuh dan terlukanya jiwa seorang Hud Zarrar. A man with broken heart.

Dalam sunyi, fikiranku berfikir ligat.

Cara apa lagi yang boleh aku bantu dalam usaha mengembalikan sebahagian lagi kebahagiaan yang tak pernah Hud rasai?

Cara apa lagi yang boleh aku bantu dalam usaha mengembalikan sebahagian lagi kebahagiaan yang tak pernah Hud rasai?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Her Imperfect Guy [completed]Where stories live. Discover now