SEMPORNA, SABAH
PENERBANGAN kami berjalan dengan lancar dan selamat mendarat di lapangan terbang tepat jam 3:32 minit petang. Selesai urusan bagasi, aku hanya mengikut ke mana sahaja langkah Hud pergi. Nasiblah, dah nama pun personal assistant.
Kami meninggalkan Lapangan Terbang Tawau dengan menaiki sebuah van menuju ke Jeti Semporna. Bila diingat semula, rasanya ini kali kedua aku menjejakkan kaki di bumi yang terkenal dengan mercu tanda Gunung Kinabalu ini.
"So bilik saya depan bilik awak. Kalau ada apa-apa, do give me a call. Awak tu perempuan, tanggungjawab saya sepanjang berada di sini," pesan Hud panjang lebar sambil menyerahkan kad akses bilikku. Aku mengangguk faham.
Rasanya, ini dah masuk kali ketiga dia sebut tentang tanggungjawab selepas sekali di KLIA dan sekali lagi semasa mendarat tadi. Sampaikan aku rasa yang aku ni macam isteri dia pula.
"No worries, Encik Hud. Saya janji tak akan susahkan encik sepanjang kita berada di sini," janjiku dengan tangan diangkat setara dengan bahu.
Hud cuma mengangguk. "Okey. Pergilah masuk. You need some rest. Petang ni kita kena pusing area resort ni pula."
"Okey, saya masuk dulu." Kad disentuh ke pemegang pintu sebelum pintu ditolak ke dalam. Tutup sahaja pintu, mata mula melilau memerhati segenap ruang bilik.
Cantik dan selesa. Memandangkan aku datang ke sini atas urusan kerja, dengan mudahnya permintaanku untuk mendapatkan bilik dengan pemandangan laut diluluskan tanpa bantahan. Terima kasih kepada bos baru aku yang terlebih sporting melayan karenah pembantunya ini, hahaha.
Baru aku seronok berguling-guling menikmati keempukan tilam bersaiz king, getaran dari dalam poket seluar membantut keseronokanku. Telefon dikeluarkan. Berkerut dahiku membaca apa yang diterima dari sang pengirim.
Mr. General Manager
Sipadan Business Trip RulesMak aih mamat ni, business trip pun ada peraturan ke? Cepat-cepat mesej itu dibuka dan dibaca satu-persatu point yang disenaraikannya. Ada lima point semua sekali.
1. Never go anywhere without me.
2. Report every single of your movements (if I am not able to go with you)
3. Don't talk to stranger, especially a GUY.
4. Be punctual.
5. Follow all the rules.
Thank you.
Melopong bibirku membaca kesemua syarat yang disenaraikan Hud. Bukan biasa-biasa bos aku ni. Cuba cakap dengan aku, bos mana yang letak syarat macam ni kepada stafnya? Dah macam pesanan khidmat masyarakat membanteras kes culik pula aku rasa.
Melihatkan statusnya sedang online, pantas jari-jemari mula menari menaip jawapan balas.
'Apa ni?'
Sesaat, dua saat... Blue tick and typing.
'Just some rules to keep you safe and sound.'
Safe and sound? Apa maksud dia?
'Encik merepek apa ni? Salah send kat saya ke?'
'Saya serius. No need to ask why, just do it. Now, go get some rest.'
Dan selepas itu... offline. Meninggalkan aku masih terpinga-pinga sendiri. Mulalah otak nak buat tafsiran yang bukan-bukan. Dia ni bodyguard upahan untuk jaga aku ke? Atau ayah aku upah dia untuk tengokkan aku sebab sebenarnya kami sekeluarga ni ada musuh?
YOU ARE READING
Her Imperfect Guy [completed]
RomanceYARA | HUD "Kerana ketidaksempurnaanmu sentiasa terlihat indah di mataku." Di sebalik keteguhan susuk tubuh itu serta dalam kedinginan tingkah yang dipamerkan, ada satu rahsia gelap yang cuba disoroknya serapi yang mungkin. Hud Zarrar. Pada perspekt...