KELIBAT yang termenung jauh itu menjadi imej pertama yang menyapa kornea tatkala daun pintu dikuak. Jauh sungguh mengelamun nampak gayanya, sampaikan aku tutup pintu pun dia masih tak menoleh.
"Abang." Bahunya aku cuit sekali, barulah wajahnya dialihkan menghadap aku.
"Abang okey?"
Hud senyum segaris lalu mengangguk. Aku ikut berdiri di sebelahnya, tangan direhatkan pada palang kaca balkoni.
"It's not your fault, you know," ujarku setelah beberapa ketika.
"You think so?" Aku angguk. Tangannya ditarik agar mengekoriku masuk lalu kami labuhkan punggung di birai katil.
"Bagi Yara, mama dan papa dah cuba bahagi kasih sayang sama rata untuk abang dengan Emir. Yara tahu dia orang mesti dah cuba sedaya-upaya untuk tak terlihat berat sebelah. Cuma mungkin Emir terlalu fokus kepada setiap kelebihan yang abang dapat sampaikan, dia tak nampak apa yang dah terhidang depan mata dia."
"Abang ada berbual dengan dia tadi. Heart to heart." Perlahan suara Hud mengujar. Dia kemudiannya menghela nafas berat.
"Dia mengaku, memang semuanya rancangan Farhan. Dia bersubahat dengan Farhan untuk buat abang nampak macam 'berkhalwat' dengan Farhan." Keningku bercantum mendengar pernyataannya.
"But why?"
"Dia tahu abang bahagia dengan Yara. Jadi, dia sengaja provok Yara supaya Yara desak abang bagitahu segala-galanya. Bila kebenaran terbongkar, Yara akan tinggalkan abang. Dalam erti kata lain, abang akan hilang kebahagiaan abang, macam dia dah hilang perhatian mama dan papa disebabkan abang."
Klise. Segala yang berlaku hanya kerana dendam yang bersarang di dalam jiwa sejak berpuluh tahun lamanya. Ternyata benarlah perasaan benci itu tidak merosakkan sesiapa, melainkan si individu yang menyimpan dan menanam benci itu dalam hati mereka.
"Tapi disebabkan tak berjaya, dia proceed juga plan perangkap abang dan bawa ke bilik hotel malam tu," tokoknya lagi. Aku mengangguk-angguk, jelas dengan motif sebenar di sebalik segalanya.
"Okey... tapi apa motif Farhan rancang semua tu pula?"
Hud mengangkat bahu.
"Entahlah... abang tak dapat tangkap apa yang dia tak puas hati sangat dengan abang."
Jeda sejenak. Kalau Hud sendiri bingung, aku apatah lagi. Bukannya aku tahu sekiranya ada apa-apa yang belum selesai di antara mereka berdua.
Huh, ingatkan hubungan antara lelaki dan perempuan sahaja yang berselirat. Sesama jantina pun sama rupanya! Rasa nak hantuk kepala ke dinding pula bila memikirkan semula kesongsangan dan keterbalikan mereka berdua ini.
"Yara rasa kenapa?" Dia menyoal aku. Sama seperti dia, aku turut mengangkat bahu.
"Entahlah. Tapi kalau abang nak tahu, senang aje. Kita sendiri pergi jumpa Farhan."
YOU ARE READING
Her Imperfect Guy [completed]
RomanceYARA | HUD "Kerana ketidaksempurnaanmu sentiasa terlihat indah di mataku." Di sebalik keteguhan susuk tubuh itu serta dalam kedinginan tingkah yang dipamerkan, ada satu rahsia gelap yang cuba disoroknya serapi yang mungkin. Hud Zarrar. Pada perspekt...