BILIK yang masih terbuka suis lampunya itu diterjah masuk tanpa sebarang salam. Tiada lagi kesopanan dan kesusilaan yang sering ditunjukkan.
"Explain this!" Kepingan itu dicampak tepat di hadapannya.
Hud tergamam. Dia pandang aku sekejap lalu gambar yang bertaburan dikutip dan dilihatnya. Aku nampak riak wajahnya berubah.
"Where... where did you get this?"
"Penting ke nak tahu?" Soalan berbalas soalan. Hud kembali diam.
"Yara, semuanya tak sama dengan apa yang awak fikir."
"Apa yang tak sama? Awak nak kata ni apa? Photoshop?" tempelakku kasar. Semalam aku dah puas menangis, hari ini masanya aku hamburkan segalanya!
"Yara, saya boleh explain."
"Okey! Explain, saya nak dengar." Aku tarik kerusi, duduk dan tangan disilang ke dada. Bos tak bos. Untuk situasi sekarang, Hud tunang aku!
Hud hela nafas dalam-dalam. Dia pejam mata, jarinya bergerak-gerak bermain pen di tangan.
"Nope. It's not a photoshopped picture." Dengan pengakuan itu, aku rasa seluruh tulang bertukar jadi jeli, tak mampu nak menampung jisim badan lagi.
"Ini memang saya."
First shot.
"Saya mengaku, saya kenal perempuan ni."
Second shot.
"Apa yang awak fikirkan dalam kepala, separuh daripadanya adalah betul."
Third shot.
Sakit. Peritnya hati aku dengar. Jujurnya Hud buat aku rasa nak siat-siat kulit dia. Betul-betul menjunjung prinsip 'jujurlah walaupun ia menyakitkan'.
"But, there's more beneath the truth." Dia buka mata dan pandang aku. Dahiku berkerut, tapi tak pula aku bersuara.
"Ini gambar lama. Demi Allah, ini gambar lama. Ini saya yang lama. Bukan semalam, bukan bulan lepas. Ini masa lalu saya yang tak pernah ada orang tahu."
Jeda. Aku terkedu.
"Maaf, saya tak pernah berterus terang." Hud tertunduk. Aku masih tak tahu nak beri reaksi bagaimana. Speechless.
Terbayang semula apa yang aku dah nampak semalam. Gambar lelaki dan perempuan, dalam keadaan yang... urgh. Tak sanggup aku nak sebut.
"Saya keluar dulu," pintaku dan terus menonong keluar tanpa menoleh lagi. Sebetulnya, aku terlalu terkejut dengan pengakuan Hud.
Lelaki jenis apa yang dah aku pilih ini? Aku faham kalau itu masa lalu dia, tapi kenapa aku rasa masih banyak yang dia sembunyikan sebenarnya?
Tuhan, adakah dia memang benar-benar yang tercipta untuk aku?
YOU ARE READING
Her Imperfect Guy [completed]
RomanceYARA | HUD "Kerana ketidaksempurnaanmu sentiasa terlihat indah di mataku." Di sebalik keteguhan susuk tubuh itu serta dalam kedinginan tingkah yang dipamerkan, ada satu rahsia gelap yang cuba disoroknya serapi yang mungkin. Hud Zarrar. Pada perspekt...