A/N : Double update sempena lama menghilang. Jangan lupa vote dua-dua chapter!
HARI-HARI seterusnya berjalan seperti biasa. Bergelar tunangan kepada Hud tidak memberikan apa-apa kelebihan kepadaku dalam urusan kerja. Cara dia melayan aku masih sama seperti sediakala.
Kalau ikutkan perancangan keluarga, pertunangan kami hanya akan berlangsung selama tiga bulan sebelum beralih ke fasa seterusnya. Setakat ini, persiapan diserahkan sepenuhnya kepada kedua mak dan abahku serta kedua bakal mertuaku. Sebabnya kalau nak harapkan aku dan Hud, memang tak berjalanlah memandangkan encik tunang aku itu agak sibuk belakangan ini.
"This would be a great project, Mr. Hud. I'm sure you will win this huge deal." Lelaki berpengaruh di hadapan kami ini membelek lagi kertas cadangan yang kami bawakan pada hari ini.
Hud tayang senyum cantik dia. "I hope so."
Kelibat seorang gadis yang menatang sebuah dulang membantutkan perbincangan kami.
"Coffee." Dia letakkan tiga cawan kopi di hadapan kami. Serta-merta aroma kopi memenuhi suasana. Serentak dengan itu, aku pandang Hud yang memang sedia diketahui bukan penggemar minuman berkafein ini.
"Encik Hud okey?" bisikku perlahan tatkala menyedari perubahan riaknya yang sedikit berkerut.
"Put that thing away," balasnya perlahan, dahi masih berkerut-kerut dan tangannya juga digenggam erat. Cepat-cepat aku angkat ketiga-tiga cawan tadi menjauhi kawasan perbincangan. Nampak muka Tuan Zafrel sedikit terpinga-pinga.
"Maaf Tuan Zafrel, Encik Hud ada alahan dengan kopi," ucapku sopan. Dia mengangguk sekali.
"Are you okay, Mr. Hud? Atau patut kita sambung bincang semua ini lain kali?" soal Tuan Zafrel. Terselit nada prihatin dalam suaranya, namun tak pula dia menyoal panjang.
"It's okay, I'm fine. Let's continue."
"Awak okey Hud? Patut ke saya yang drive lepas ni?" soalku tatkala kami berada di dalam lif.
"Tak menyusahkan awak?" Hud menyoal semula. Maknanya dia memang berniat nak minta aku memandulah.
"Tak ada masalah. Awak tu okey tak?"
"Okey, jangan risau."
Jangan risau? Hai, manalah aku tak risau kalau reaksi dia semasa nampak kopi tadi nampak sangat terganggu. Seakan ketakutan. Aku rasa kalau bukan sebab kami bersama dengan klien, berkemungkinan dia boleh rebah di situ juga.
Lelaki gagah seperti dia takutkan secawan minuman? Aneh. Kalau tanya mana-mana manusia sekalipun, pasti mereka akan kata ketakutan itu sesuatu yang pelik.
Persoalannya, kenapa Hud takut sangat dengan kopi? Atau soalan sebetulnya, apa yang telah dia lalui sehinggakan dia boleh fobia dengan secawan kopi?
YOU ARE READING
Her Imperfect Guy [completed]
RomanceYARA | HUD "Kerana ketidaksempurnaanmu sentiasa terlihat indah di mataku." Di sebalik keteguhan susuk tubuh itu serta dalam kedinginan tingkah yang dipamerkan, ada satu rahsia gelap yang cuba disoroknya serapi yang mungkin. Hud Zarrar. Pada perspekt...