Special Chapter

3.1K 188 10
                                    

A/N: As promised, special chapter! Kali ni saya guna POV Hud pula hehe.

Maaf atas kekurangan, selamat membaca!

Berkali-kali, aku sentiasa rasakan ini adalah mimpi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Berkali-kali, aku sentiasa rasakan ini adalah mimpi. Setiap saat yang aku lalui sentiasa dibayangi dosa silam. Aku, hamba-Nya yang terlalu lama hanyut dalam lautan kelam yang penuh nista.

Aku selalu rasakan, setelah apa yang aku lakukan, aku tak akan pernah layak memperoleh apa-apa kebahagiaan. Apatah lagi seperti apa yang aku dapat hari ini.

Tetapi Allah itu Maha Penyayang. Maha Pengampun dan Maha Mengasihani. Meski aku pernah tersalah langkah. Pernah jauh dari Dia, Dia tak pernah lupakan aku.

Aku Hud. Hamba-Nya yang penuh khilaf. Penuh parut akibat kesilapan lampau. Namun setelah Dia menganugerahkan dia di dalam hidup aku, aku janji yang aku tak akan sia-siakan sisa hidup aku untuk kedua kalinya.

Allah, terima kasih atas nikmat ini. Nikmat bernafas, nikmat sihat, nikmat punya hidup yang lengkap serba-serbi. Dan semestinya, untuk anugerah yang tidak ternilai ini.

Duhai anugerah terindah, sungguh kehadiranmu mengubah segalanya. Terima kasih sayang. Terima kasih Yara Alayna, terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup ini.

Dan tak lupa untuk Putera ayahanda Hayyan Afzan, terima kasih atas kelahiran yang paling bermakna buat ibu dan abi.

Abi tidak sempurna, tapi abi akan pastikan segalanya sempurna buat kamu.

"ABANG..."

Suara itu menyapa sedang aku termenung jauh sendiri. Menoleh ke arah seraut wajah itu, senyumanku melebar secara automatik.

"Yes sweetheart? Sweetheart nak apa?" soalku lembut. Yara tersenyum nipis.

"Hmm... Yara laparlah. Yara nak..."

"Nak apa? Nasi? Mi? Roti? Aiskrim? Eh, aiskrim tak boleh makan. Biskut?" Laju aku mencelah, menyenaraikan segala menu demi memenuhi selera permaisuri segenap hatiku ini.

"Bukanlah. Eee abang ni kan, suka potong cakap kita tau." Memuncung bibirnya memarahiku. Aku tersengih.

"Okey, sorry. Sweetheart nak makan apa?"

Tangan dilingkarkan ke bahunya dan aku bawa dia duduk di sofa.

"Hmm... kalau Yara nak minta, abang marah tak?"

"Hai, macam serius je bunyinya? Yara nak minta apa ni?"

Yara terdiam. Tangannya yang bergerak bermain jari-jemarinya cukup buat aku tahu, ada sesuatu yang bermain di fikiran kesayanganku ini. Lantas tangannya aku genggam kemas.

"Nak minta apa ni? Cakaplah, abang cuba dapatkan," kataku. Dengan sabarnya aku menanti dia meneruskan bicara.

"Hmm... Yara nak makan... roasted chicken macam Kenny Rogers tu boleh tak? Tadi Yara tengok iklan TV macam sedap je. Tapi, tapi! Yara tak nak abang beli, Yara nak abang buat sendiri. Ayam tu tak nak besar sangat, dalam dua tiga ketul je. Lepas tu kalau ada sos yang macam Nando's tu sedap juga."

Her Imperfect Guy [completed]Where stories live. Discover now