"NAK pergi mana?" suara Hani menyoal tatkala aku keluar dari kamarku.
"Basuh kereta. Nak ikut?"
Hani menggeleng. "Malas la. Aku nak qada' tidur. Tiga hari on call." Sempat minah seorang ni menggeliat di hujung kata. Aku hanya mampu menggeleng-geleng.
"Suka hatilah. Kalau nak tidur jangan kunci pintu rumah, biar aku kunci dari luar je," pesanku sambil menyarungkan flats.
Bukannya tak tahu perangai si Hani ni kalau dah tidur macam mana. Sejam jugalah aku pernah terkurung di luar rumah gara-gara sikap tidur matinya itu.
Usai mengunci pintu, langkah kuatur menuju ke lif. Dah namanya duduk rumah apartment, nak basuh kereta pun kena keluar duit dan buang tenaga.
Enjin kereta dihidupkan. Lima minit perjalanan, stereng dipusing memasuki kawasan car wash yang biasa dikunjungi selama ini. Kereta diparkir di bawah garaj lalu aku keluar dari kereta.
"Cuci luar dalam kakak?" Seorang lelaki Bangladesh datang menyapaku.
"Hmm, luar dalam berapa?"
"RM 12 saja kakak."
Aku mengangguk. "Okey, luar dalamlah," kataku dan kemudian berlalu ke tempat menunggu.
Televisyen yang sedang terpasang dilihat, malangnya sepatah pun aku tak faham memandangkan apa yang sedang ditayangkan sekarang adalah filem berbahasa Tamil tanpa subtitle. Sudahnya aku buka telefon, sumbat telinga dengan earphone. Layan drama Korea lagi bagus.
Entah berapa minit berlalu, kelibat seseorang duduk di sebelahku membuatkan tumpuanku sedikit terganggu. Mendongak ke arahnya, aku terpaku sesaat.
"Encik Hud?" Lelaki ini menoleh. Wajahnya juga nampak sedikit terkejut.
"Yara? What a small world." Senyuman manis diukir. Punyalah ramai manusia yang aku kenal, bos aku ni juga yang ditakdirkan bertemu dengan aku hari ini.
"Encik datang sini buat apa? Basuh kereta ke?" soalku spontan. Kening lebat Hud terjungkit sebelah.
Kau pun Yara, bijak sungguh soalan. Takkan dia datang sini nak makan nasi kandar pula? Mulalah aku rasa nak smack down diri sendiri.
"Obviously yes. Kereta awak mana satu?" Hud memulangkan soalan. Pantas jari menuding ke arah Perodua Myvi biru kesayangan aku.
Perhatian ditumpukan kembali kepada drama apabila tiada lagi kata-kata keluar dari mulutnya. Punyalah khusyuk menonton, sampai aku tak sedar bila masa Hud bangun menuju ke vending machine yang tersedia. Tahu-tahu, dia datang kembali dengan satu tin air di tangannya.
"For me?"
"Yup."
"Terima kasih." Air tin berperisa teh lemon ais itu aku sambut. Tahu-tahu saja dia ni aku tengah haus.
Menjeling ke arah Hud, jelas kelihatan urat tangannya timbul tatkala menggenggam air kotak. Namun itu bukan persoalan utama sekarang ini. Persoalan utamanya adalah, perisa yang sedang diminumnya sekarang.
Air kotak susu strawberi! Aku ulang, strawberi! Dah macam budak-budak pula pada pandangan aku. Valid tak kalau aku kata dia nampak comel sekarang ni?
"Kenapa strawberi?" Spontan lidah menuturkan soalan tersebut. Hud menoleh ke arahku.
"Strawberi apa... oh. Ni?" Kotak di tangannya dia angkat sedikit. Aku mengerdip mata sekali.
"Kenapa? Muka macam saya tak boleh minum susu strawberi ke?" Spontan, aku tertawa halus mendengar soalannya.
"Tak adalah. Cuma bagi saya macam... rare. Jarang saya nampak lelaki minum flavour budak-budak macam ni," balasku dengan sengihan. Janganlah dia rasa aku ni menyibuk pula. Aku cuma curious je.
YOU ARE READING
Her Imperfect Guy [completed]
RomanceYARA | HUD "Kerana ketidaksempurnaanmu sentiasa terlihat indah di mataku." Di sebalik keteguhan susuk tubuh itu serta dalam kedinginan tingkah yang dipamerkan, ada satu rahsia gelap yang cuba disoroknya serapi yang mungkin. Hud Zarrar. Pada perspekt...