"WELCOME back Yara!" Suara Tania menjadi perkara pertama yang didengariku saat pintu lif terbuka.
"Kau ni, macamlah aku cuti lama sangat," cebikku. Tania tergelak.
"Lamalah tu. Dua hari, kau pergi mana? Kesian tau bos handsome kita tak ada PA," kata Tania sambil mengekori aku menuju ke mejaku.
Yalah, memang kesian sangat. Kesian buat apa kalau mamat tu yang suruh aku ambil cuti? Sepatutnya sehari, dia tambahkan lagi sehari atas alasan bimbang aku belum pulih sepenuhnya.
Beg tangan diletak ke atas meja dan punggung dilabuhkan di atas kerusi.
"By the way, how's Sipadan?"
Bahu dijungkitkan. "Biasa. Kau pun tahu macam mana rasa outstation."
"Hesy kau ni. Aku bukan tanya pengalaman kerja kau. Maksud aku, apa rasa pergi dengan bos baru?"
Dah mula dah minah ni nak buka kertas siasatan ala Sherlock Holmes dia. Ni yang aku malas ni.
"Rasa biasalah. Nak rasa apa lagi?" Penuh selamba aku membalas. Serta-merta riak terujanya bertukar cemberut.
"Alaa kau ni, cakaplah best ke tak? Happening tak? Mesti best, kan? Ada feeling honeymoon tak?"
Pap! Terkunci terus mulut Tania apabila kalendar meja ditampar ke lengannya. Memuncung bibirnya mengaduh kesakitan.
"Tanya soalan pelik-pelik, itu makan dia," ujarku lalu meletakkan kembali kalendar di tempat asal. Geram juga aku. Ada ke patut sebut pasal berbulan-bulan madu? Aku pergi bekerja, bukannya kahwin lari!
"Aku tanya je kut... Janganlah marah." Jemari Tania menguis-nguis hujung lengan bajuku.
"Dah soalan pelik mana aku tak marah. Aku pergi kerja, apa yang seronoknya? Kalau ada yang seronok pun, dapat menikmati alam semula jadi. Haa, ada faham?" kataku. Tania masih dengan muka cemberutnya.
"Kau ni, tak sporting la. Macamlah tak pernah baca novel Melayu. Kan selalunya kalau pergi berdua dengan bos ni ada benda-benda best yang jadi. Manalah tahu, kau orang naik bot berdua ke, makan malam berdua ke. Eee, jealousnya aku!"
Aku julingkan mata. Minah seorang ni kalau dah mula menggeletis, ulat bulu pun dia tepis! Kadang-kadang malas aku nak layan.
Benda best? Apa yang seronok? Lemas lepas tu diselamatkan ala-ala drama? Naik bot berdua? Melainkan aku atau Hud ada lesen mengendalikan bot laju, baru namanya boleh naik berdua! Yang bukan-bukan saja kawan aku yang seorang ni.
"Malas aku nak layan kau. Pergi kerja sana." Bahunya ditolak perlahan seraya komputer di hadapanku dihidupkan.
"Jap, jap. Ada satu benda lagi."
"Apa lagi?"
Tania tidak membalas, sebaliknya dia bergerak membuka laci mejaku yang paling atas dan sepucuk sampul putih dikeluarkannya.
"Nah."
"Surat apa ni?" soalku. Lantas hujung sampul dikoyakkan dan sehelai kertas yang terlipat rapi dikeluarkan.
Sebaris tajuk itu dibaca dalam senyap. Oh, tentang Annual Family Day rupanya. Ingatkan si Tania ni nak buat surprise bagi wang tunai ke apa.
"Pulau Perhentian? Tahun lepas bukan dah buat kat pulau?" Aku menyoal lagi.
"Itu Langkawi, ni Perhentian. Kau kena pergi Yara. Dengar cerita kali ni nak buat dekat resort company kita yang baru rasmi bulan lepas tu. Five star weh, bila lagi nak merasa?"
YOU ARE READING
Her Imperfect Guy [completed]
RomansaYARA | HUD "Kerana ketidaksempurnaanmu sentiasa terlihat indah di mataku." Di sebalik keteguhan susuk tubuh itu serta dalam kedinginan tingkah yang dipamerkan, ada satu rahsia gelap yang cuba disoroknya serapi yang mungkin. Hud Zarrar. Pada perspekt...