012

2K 165 7
                                    

A/N : Chap ni saya ada letak ayat dialek Terengganu. Kalau salah harap dimaafkan. Maklumlah saya bukan pure Tranung, ada mix Kelate dan KL jugak
ahaks 😆

Dan maaf kalau saya tak reply komen. Bukan tak nak reply, tapi taktau nak reply apa 😅

 Bukan tak nak reply, tapi taktau nak reply apa 😅

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MAJLIS penutup berjalan dengan lancar dan meriah. Bermula dengan ucapan dari Dato' Megat, kemudian ada majlis penyampaian hadiah untuk acara-acara yang telah diadakan. Kumpulan aku dapat dua hadiah saguhati. Kira okeylah, tak boleh complain banyak sebab aku pun tak menyumbang apa-apa.

Sesi cabutan bertuah turut diadakan. Macam biasalah, aku mana pernah bertuah nak dapat grand prize yang disediakan. Kalau nak lebih sadis, saguhati pun tak pernah dapat. Cuma mampu bertepuk tangan apabila nombor orang lain disebut.

"Bila nak habis ni Yara? Aku nak balik." Tania di sebelahku mula merungut.

"Sabarlah. Tak lari pun katil kau kat rumah tu," pujukku acuh tak acuh. Mata sebenarnya lebih berminat nak pandang ke satu arah itu.

Fuh, mengancam betul jejaka idaman ramai hari ni. Aku yang selama ni jarang-jarang nak merenyam pun jadi terjebak sama. Padahal orang tu cuma berbaju t polo dengan seluar slack hitam saja. Tapi aura macho tu memang melimpah-limpah.

"Maka dengan itu, tamatlah Hari Keluarga Megat Holdings untuk sesi 2021. Terima kasih dan kita jumpa lagi di tahun berikutnya."

"Habis dah, jom." Cepat sahaja Tania tarik lenganku untuk pulang ke bilik. Tak menyempat.

Selesai urusan check out, kami semua menanti feri yang akan membawa kami kembali ke Jeti Kuala Besut. Dalam sibuk aku dan Tania melayan si pipi labuh Daniel, aku perasan kelibat Hud melintas di sisi kami. Aku ukir seulas senyuman.

Malangnya, tidak mendapat sambutan. Hud cuma pandang aku sipi-sipi sebelum berlalu ke arah geng-geng setarafnya.

Eh eh mamat ni. Dah kenapa? Acah-acah sombong pula. Terasa ke dengan aku ke apa? Tapi aku rasa aku tak buat salah apa-apa pun.

Ah, pedulilah pasal dia. Yang penting sekarang ni, aku tak sabar nak pulang ke darat dan ambil teksi ke rumah mak aku. Aku rasa kali terakhir aku balik bulan lepas. Atau mungkin dua bulan lepas.

 Atau mungkin dua bulan lepas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Her Imperfect Guy [completed]Where stories live. Discover now