015

2K 249 12
                                    

A/N : Silent reader ni comel la, rasa macam nak gigit-gigit je. *Muka senyum tapi tangan tengah genggam penumbuk*

Haha, gurau! Nak vote atau tak, kebebasan masing-masing sebagai pembaca. Terima kasih masih sudi baca sehingga bab ke-15 ni!

"INI quotation bahan-bahan, kalau Encik Hud setuju, engineer kita akan proceed

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"INI quotation bahan-bahan, kalau Encik Hud setuju, engineer kita akan proceed." Kertas senarai sebut harga diletakkan di hadapannya.

Beberapa ketika membelek, akhirnya Hud mengangguk. "Okey, proceed. Nanti bagi notis pada Encik Omar dan Encik Saif, saya nak jumpa mereka."

"Baik, encik."

"By the way, bila kemasukan intern yang kita dah bincang hari tu?" Soalannya buat aku membelek semula planner di tangan.

"Isnin depan, Encik Hud. Isnin depan juga encik ada urusan di Pahang."

"Minta Syed Irsyad gantikan saya untuk sesi briefing." Aku mengangguk faham dan mencatat sesuatu di kotak bertarikh Isnin hadapan.

"I guess, that's all for now."

Planner ditutup dan aku menunduk sedikit ke arah Hud sebelum berpusing ke arah pintu.

"Yara, sekejap." Langkahku terhenti dek suaranya.

"Ya encik?"

Dia buat isyarat tangan supaya aku menghampirinya. Agak hairan, tapi aku tetap menurut.

"Hmm... I think it's a bit late to say this but, happy belated birthday." Terlopong sesaat aku tatkala mendengar ucapannya sebelum ditutup dengan senyuman.

"Thank you." Tak sangka yang Hud ingat juga walhal dah seminggu berlalu sejak hari lahir aku yang ke-27.

Hud keluarkan sesuatu dari laci mejanya. Sebuah kotak berwarna putih. Membulat mataku tatkala kotak tersebut ditolak ke arahku.

"For me?"

"Yup. My previous PA in Melbourne always got his birthday present from me. So I think, you deserve it too. Take it."

"Terima kasih. Tak sangka encik ingat." Teragak-agak aku sambut kotak putih tersebut. Terkedu. Tak sangka ucapan pun dapat, hadiah pun dapat.

"Tak ada apa tentang awak yang saya tak ingat, Yara."

"Pardon?" Perbuatanku membelek kotak tersebut terhenti. Aku tak salah dengar, kan?

"Ah? Nothing. You may leave, Yara." Dia menunjuk ke arah pintu keluar. Malas nak bersoal panjang, aku keluar membawa hadiahku ke meja.

"Wah, apa tu?" Tania yang berdiri di hadapan mejaku menegur.

"Encik Hud bagi kau?" Aku angguk sekali.

Her Imperfect Guy [completed]Where stories live. Discover now