PADI yang terhampar luas kelihatan bagai emas yang berkilauan di bawah pancaran sinar mentari. Perlahan sahaja kereta melalui anak jalan yang menghala ke destinasi yang bakal kami kunjungi hari ini.
Siapa menyangka bahawa keluarga suamiku ini sebenarnya menetap di negeri Jelapang Padi? Sangkaku mereka tinggal di selatan tanah air disebabkan semasa aku curi-curi lihat kad pengenalannya, kod negeri yang tertulis ialah 01.
Kata Fiya, datuk mereka memang berasal dari Tangkak, Johor sebelum berpindah ke Kedah selepas kelahiran Hud. Beberapa bulan selepas itu, dia meninggal dunia. Disebabkan itu, Hud diamanahkan kepada emaknya untuk dijaga. Namun takdir yang tertulis berbeza, amanah yang dipersiakan itu membentuk Hud seperti mana yang aku saksikan hari ini.
Menghampiri satu kawasan perumahan, kelajuan kereta mula perlahan. Bukan perlahan yang biasa-biasa, memang perlahan sampai aku rasa siput yang mengesot pun lebih laju. Tangan yang menggenggam gear itu diraih dan diusap lembut.
"Everything's gonna be alright. Yara ada dengan abang," ujarku, menenangkannya. Aku tahu rasa hatinya sedang berkecamuk ketika ini. Sedangkan aku yang tidak ada kena-mengena pun rasa bagai nak pecah jantung, inikan dia yang bakal menemui semula manusia yang pernah buat hidupnya terseksa selama bertahun-tahun.
"Nak tak nak... abang kena tamatkan semua ini, kan?" Hud berbisik dan menghela nafas beberapa kali. Mata dipejam sesaat sebelum pedal minyak ditekan kembali.
Kereta memasuki pekarangan sebuah rumah dan diberhentikan di belakang kereta milik Fiya. Aku rasa, inilah rumah mak ngah Hud. Pintu kereta dibuka dan kaki dijejakkan ke tanah.
Saat yang dinanti-nantikan semakin hampir. Apa agaknya reaksi wanita itu apabila bertentangan mata dengan Hud? Dan bagaimana pula penerimaan Hud sebentar lagi?
Hud yang masih statik di sisi kereta aku hampiri dan lengannya dipaut. Dia pandang aku, apa yang aku mampu berikan cuma seulas senyuman. Dapat aku rasakan seluruhnya tubuhnya saat ini tegang. Macam-macam perasaan yang tak mampu aku tafsirkan cuba ditutupnya dengan riak tenang yang diada-adakan.
"Assalamualaikum!"
Beberapa saat menanti, satu suara menjawab salam Fiya dari dalam.
"Waalaikumussalam." Daun pintu terbuka. Muncul seorang lelaki yang nampak sebaya dengan adikku, Yadi.
"Kau rupanya long, apa pasal tak cakap nak balik hari ni?"
Dia berpaling ke arah kami berdua.
"Siapa ni?"
"Kan aku dah cakap hari tu?" Fiya membalas dengan soalan.
Diam. Lama pandangannya tertancap ke arah kami, sebelum riak mukanya berubah.
"Hud?" Kelam-kabut dia turun menghampiri kami.
"Kau Hud?"
Hud tak membalas. Sebaliknya, lelaki yang aku kira adik kepada Fiya itu tiba-tiba memeluk Hud. Seakan melepaskan rindu yang sekian lama dipendam. Aku cuma mampu memerhati dalam sebak yang mula bermukim di dada.
"Kau ingat tak siapa aku?" soalnya setelah pelukan terlerai. Nampak dahi Hud berkerut, mungkin sedang berfikir.
"Kau... Pian? Sufian?" teka Hud dan disambut anggukan berkali-kali.
"Masuklah, mak dah lama tunggu kehadiran kau. Hari-hari mulut dia tak berhenti tanya bila kau nak datang."
Aku dan Fiya menyusul langkah kedua lelaki itu. Melihatkan mata Hud seakan mencari-cari sesuatu, pantas aku mengambil peranan menyuarakan persoalannya.
"Mak ngah mana, Fiya, Pian?"
Kedua beradik itu saling berpandangan. Lambat-lambat Fiya tarik tangan aku menghampiri salah sebuah bilik yang ada.
YOU ARE READING
Her Imperfect Guy [completed]
RomanceYARA | HUD "Kerana ketidaksempurnaanmu sentiasa terlihat indah di mataku." Di sebalik keteguhan susuk tubuh itu serta dalam kedinginan tingkah yang dipamerkan, ada satu rahsia gelap yang cuba disoroknya serapi yang mungkin. Hud Zarrar. Pada perspekt...