029

2K 163 1
                                    

A/N : Hilang mood sebenarnya nak tulis, tapi saya cuba :) Maaf atas kekurangan

PUNAT lif ditekan dan baru sahaja pintunya mahu tertutup, kedengaran suara menyeru namaku dari kejauhan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PUNAT lif ditekan dan baru sahaja pintunya mahu tertutup, kedengaran suara menyeru namaku dari kejauhan. Sepantas kilat pintu ditahan dan sebatang tubuh itu menyelinap masuk bersamaku.

"Hai, nak berkenalan boleh?" katanya sebaik sahaja pintu tertutup. Aku julingkan mata ke atas. Hud tertawa kecil.

"Dah settle semua ke?" soalku. Dia angguk sekali.

"Alhamdulillah. Proposal dah lulus, tinggal nak sign agreement dengan mereka. Ni baru sudah lunch ke? Dah solat?"

Giliran aku pula yang mengangguk. "Dah."

"Good girl," katanya lalu mengusap kepalaku. Aku sekadar tayang sengih. Suka juga apabila sesekali dimanjakan begitu. Haha.

"By the way, jangan lupa kita ada invitation ke Gala Dinner Okasa Berhad malam ni. Abang punya schedule semua dah clear, kan? Tak ada pending task atau urgent file, kan?"

"Tak ada. Hari ni Encik Hud boleh balik awal, luangkan masa dengan wife encik dan pergi Gala Dinner sama-sama dengan dia."

"Alright. Nanti pesan pada wife saya yang gorgeous tu pakai cantik-cantik ya?" Spontan, bibir ternaik mengukir senyuman. Hai, siapalah isteri dia yang cantik itu ya?

Ting! Lif berhenti di aras pejabat kami berdua.

"Encik Hud keluar dulu. Saya nak jumpa Encik Hafsham sekejap," kataku sebaik sahaja pintu lif terbuka.

"Jangan lama-lama, nanti saya rindu."

"Gatal!"

Hud tertawa lepas sebelum berlalu keluar dari lif. Aku tergeleng perlahan dan baru punat tutup ditekan, ada tangan yang lebih pantas menahan lalu segera menyelinap masuk. Terus mati senyumanku dibuatnya.

Sunyi. Mat saleh kata awkward moment. Biarpun hampir dua bulan bergelar ahli keluarga, sungguh aku masih kekok sekiranya berhadapan dengan lelaki yang satu ini. Lelaki yang merupakan bekas majikan merangkap abang ipar aku.

"So, how's life?" Suaranya memecah keheningan suasana. Hampir-hampir sahaja aku tersedak mendengar soalannya.

Satu perkara yang sangat jarang berlaku! Megat Emir ringan mulut untuk beramah mesra? Memang pertama kali dalam sejarah. Namun begitu aku tetap membalas.

"Great, alhamdulillah. Encik Megat?"

Kedengaran tawa sinis terbit dari bibirnya. "Awak rasa lepas suami kesayangan awak ambil alih semuanya, saya tetap sama macam dulu ke?"

Aku sekadar angkat bahu.

"Mungkin? Hakikatnya Encik Megat tetap sama, kan? Masih berharta, ada nama dan kekal di tangga pertama sebagai lelaki terlaris." Selamba aku menjawab. Dah memang fakta, apa salahnya aku menyatakan kembali?

Her Imperfect Guy [completed]Where stories live. Discover now