025

2K 197 5
                                    

A/N : Terharunya masih ada yang sudi baca. Terima kasih! 🥺

LANGKAH berhati-hati dibuka sementara tangan membawa fail yang menimbun jumlahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

LANGKAH berhati-hati dibuka sementara tangan membawa fail yang menimbun jumlahnya. Fail untuk dilupuskan setelah lama tersimpan di bilik arkib.

"Nak letak mana ni kak?" soalku pada Kak Zakiah selaku petugas pembersihan yang bertugas.

"Ya Allah, banyaknya! Letak aje kat sini. Kenapa tak panggil akak tadi?" Aku sekadar tersenyum. Fail-fail tadi diletakkan di dalam troli yang tersedia.

"Tak ada apalah akak, bukannya berat mana pun."

"Tak ada apa apanya? Nampak dek encik suami awak, mahu dia marah pula nanti," tambah Kak Zakiah lagi.

"Tak adanya nak marah, akak. Bukannya saya buat benda yang salah." Aku mencantas spekulasinya. Sejak bergelar menantu Dato' Megat ni, perasan juga aku yang layanan orang-orang sekeliling agak berbeza berbanding sebelum ini. Satu perkara yang aku tak pernah berkenan sejak dahulu lagi.

Hilang kelibat Kak Zakiah bersama trolinya, aku digamit Aiman yang sedang mengendalikan mesin fotostat.

"Apa dia?"

"Tak, aku nak bagitahu. Aku rasa Encik Hud macam tak sihatlah." Berkerut dahiku mendengar pernyataan Aiman.

"Kenapa pula?"

Aiman menjungkitkan bahu. "Entah. Nampak dia macam tak berapa concentrate masa aku bincang pasal kerja tadi. Kau pergilah tengok."

Mendengarkan itu, segera aku berlalu ke bilik Hud bagi memastikan kesahihannya. Bimbang juga dengan suamiku itu. Walhal pagi tadi sihat walafiat saja.

Tok, tok, tok.

"Masuk." Tombol pintu dipulas dan aku terus meluru ke arahnya.

"Abang okey?" soalku laju. Nampak keningnya bertaut sedikit.

"Okey. Kenapa?"

"Aiman kata abang nampak macam tak sihat. Betul ke okey?"

"Betul precious, I am fine." Walaupun dia memberi jaminan itu, aku tetap tak percaya. Mata masih utuh memerhati segenap wajahnya. Cuba mencari sekiranya ada apa-apa yang disembunyikan. Hud ni bukannya boleh percaya sangat!

Terkelip-kelip matanya bersabung pandangan denganku. Seminit berlalu, akhirnya aku beralah. Masih tak dapat mengesan apa-apa.

"Okey, Yara percaya. But if you need anything, do call me."

Hud senyum. "Sure precious. Jangan risau pasal abang."

Hai... manalah aku tak risau? Buah hati pengarang jantung aku kut!

 manalah aku tak risau? Buah hati pengarang jantung aku kut!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Her Imperfect Guy [completed]Where stories live. Discover now