LAMA aku pandang engraved label dengan sebaris nama itu. Tiba-tiba rasa gemuruh pula. Kotak baldu di tangan aku genggam erat dan nafas dihela dalam-dalam.
Tok, tok.
"Come in."
Pemegang pintu ditolak dan kepala mengintai sedikit ke dalam. Hud sedang khusyuk menaip tanpa sedikit pun memandang ke arahku.
"Encik." Dia pandang aku.
"Yes, is there something that I can help with?"
Bibir dikemam perlahan, kekuatan dikumpul sebelum kotak diletak di hadapannya. Kepala menekur ke lantai dan kaki berundur setapak ke belakang.
Jantung berdebar menanti reaksi Hud. Agak lama dia terdiam, sebelum aku nampak tangannya bergerak menyentuh kotak tersebut.
"So... you made your choice," ujarnya senada. Terkilan, itu yang dapat aku tangkap di sebalik suaranya. Tiba-tiba rasa menyesal dengan keputusan sendiri.
"I know this will happen. But... why Yara? Am I too bad?" soal Hud.
Aku menggeleng perlahan. Sebetulnya, aku tak punya alasan kukuh untuk menjawab soalannya. Fail di dalam pelukan aku letak ke mejanya.
"I'm sorry," ucapku. Bibir diketap perlahan.
Hud diam tak membalas. Aku terpegun di tempat sendiri, manakala kepalanya mendongak memandang aku.
"Yara?" Matanya terkelip-kelip memandangku. Cepat-cepat dia buka kotak cincin tadi.
"Are you serious?"
Sesaat, dua saat, akhirnya bibirku mengoyak senyuman. Kepala diangguk berkali-kali, Hud meraup mukanya.
"Gosh! You scared me, dear." Dia tergelak dalam kelegaan. Aku turut tertawa lepas. Tangan yang jari manisnya tersarung cincin pemberian Hud aku pusingkan ke arahnya.
"You should see your face. Macam nampak hantu!" selorohku selamba. Hud tertawa lagi.
"Don't do that again Yara. Mati-mati saya ingat awak reject saya."
Ya! Seminggu berfikir dan beristikharah, aku pilih untuk terima pinangan Hud. Aku sedar, mungkin dialah lelaki yang sekian lama aku nantikan.
Jadi secara rasminya, status aku naik satu anak tangga. Dari PA, naik setingkat menjadi tunangan dia! Tak pernah aku terfikir, seorang bos boleh dinaik taraf menjadi tunang dan insya-Allah seorang suami buat aku nanti.
"Eh, nak pergi mana tu?" Aku menyoal tatkala Hud berura-ura berlalu ke arah pintu. Dia menoleh ke arahku.
"Nak bagitahu semua oranglah."
Aku kerut dahi. "Hesy, tak payahlah! Tunang ni kena rahsia dulu, kahwin baru hebahkan pada orang. Ish encik ni, bawa bersabarlah sikit!"
Hud tersengih lalu kembali ke kerusinya. Gelojoh betul mamat seorang ni.
"Okay fiancée, back to our routine." Intonasinya berubah tegas. General manager mood is back!
"Hari ni encik ada..."
"Sekejap, sekejap. Boleh tak gugurkan encik tu? Sakitlah telinga saya dengar. Hud is better," pintas Hud.
"Tapi sekarang kan kerja, kenalah panggil encik," hujahku. Hud kelihatan berfikir sejenak.
"Okey, encik semasa bekerja. Luar waktu kerja, hanya Hud. Understand?"
"Roger and out, sir!"
YOU ARE READING
Her Imperfect Guy [completed]
RomanceYARA | HUD "Kerana ketidaksempurnaanmu sentiasa terlihat indah di mataku." Di sebalik keteguhan susuk tubuh itu serta dalam kedinginan tingkah yang dipamerkan, ada satu rahsia gelap yang cuba disoroknya serapi yang mungkin. Hud Zarrar. Pada perspekt...