Nak baca, bacalah. Kesian author dah bebel panjang lebar hahah.
***
Bismillah.
Alhamdulillah, setelah pelbagai onak duri ditempuhi, Her Imperfect Guy berjaya sampai ke titik noktahnya. Ingatkan tak dapat tengok perkataan tamat dalam cerita ni, tapi dapat jugalah tulis lima huruf tu di akhir cerita, hahah.
Tak banyak yang saya nak tulis melainkan terima kasih kepada para pembaca semestinya. Yang setia tekan bintang-bintang yang comel tu, yang setia menanti update... semualah. Tanpa anda yang menyokong, baik yang dizahirkan mahupun dalam diam, mungkin cerita ini dah hilang ditelan perkataan unpublish. Huhuhu.
Maafkan segala khilaf dalam penulisan karya saya yang ini. Semoga ada secebis kebaikan yang berjaya diperoleh daripada penulisan sederhana saya ini. Yang buruk mohon ditinggalkan di sini dan dijadikan garis sempadan.
Dan berkaitan fobia Hud terhadap kopi tu macam tak logik sebenarnya, kan? Tapi ia wujud. Kalau tak salah saya, namanya Osmophobia (fobia terhadap bau). Biasanya lebih kepada wangi-wangian (pak cik Google cakaplah), tapi saya ubah sikit kepada kopi. Saya pun ada juga fobia kepada bau-bau tertentu, tapi kesannya taklah seteruk Hud.
Jadi, setakat itu sajalah kut. Terima kasih sekali lagi semua. Tanpa anda, siapalah Ayla Malikha bersama anak-anaknya Hud Zarrar dan Yara Alayna ini hahaha. Doakan saya ada rezeki masa dan tenaga serta idea, siapa tahu kisah Hud dan Yara boleh dipeluk dan bukannya sekadar tatapan di Wattpad semata? Aamiin Ya Rabb.
Sebelum tamat, boleh saya minta satu benda tak? Hehe, sikit aje.
Describe keseluruhan cerita dengan satu perkataan.
Itu sahaja. Terima kasih daun keladi, ada rezeki kita jumpa di karya lain nanti!
Yang manis,
Ayla Malikha 🤍P/s : Nak special chapter tak? 🙈
YOU ARE READING
Her Imperfect Guy [completed]
RomanceYARA | HUD "Kerana ketidaksempurnaanmu sentiasa terlihat indah di mataku." Di sebalik keteguhan susuk tubuh itu serta dalam kedinginan tingkah yang dipamerkan, ada satu rahsia gelap yang cuba disoroknya serapi yang mungkin. Hud Zarrar. Pada perspekt...