"HUD ZARRAR. Master of Business Administration from Harvard Business School. Was a Senior Vice President of a company in Melbourne, Australia."
"Dahsyat gila GM baru kita ni. Ni lagi dahsyat dari Encik Megat!"
"Orang dia macam mana Yara? Baik ke? Soft spoken ke?" Soalan yang diutarakan buat tumpuan semua beralih ke arahku.
Aku terbungkam. Liur ditelan sekali sebelum membuka mulut, "Okeylah. Tak adalah garang pun. Mesralah juga."
"Serius? Handsome tak kalau tengok dekat-dekat?"
"Akak nak saya bagi jawapan fakta ke auta?" soalku dengan riak toya yang ditahan. Ini yang aku tak suka ni. Pantang nampak lelaki kacak!
Kak Diana sengih. "Jangan marah, akak tanya aje."
"Tapi kan, betul ke dia adik Encik Megat?" Giliran Kak Ad pula melemparkan soalan. Aku mengangkat bahu. Tanya aku, memang aku ni isteri Hud pun!
Spontan, pandangan semua beralih kepada satu-satunya lelaki dalam kalangan kami. Ammar yang sedang enak menyuap nasi kandar terhenti suapannya.
"Apa?" soalnya setelah selesai mengunyah.
"Kau kan rapat dengan *PA dato', si Hafsham tu. Ceritalah Am." Kata-kata Kak Ad disambut anggukan laju daripada semua. Termasuklah aku!
Ammar menjuihkan bibir. "Ini ikut apa yang aku dengarlah. Betul ke tak, kau orang fikirlah sendiri." Dia berdeham sekali.
"Hafsham kata, Encik Hud tu bukan anak dato'. Macam yang kita tahu, anak Dato' Megat cuma Megat Emir seorang aje. Encik Hud tu dengar katanya anak saudara dia. Baru balik dari oversea, terus dia offer kerja dengan dia lepas kes Encik Megat sampai ke *BOD."
"Maknanya, anak saudara Dato' Megatlah?" Ammar angguk.
"Patutlah tak ada iras dato' suami isteri."
"Tapi kau paling untung Yara. Dapat borak dengan dia hari-hari. Dengar suara dia masa meeting semalam pun dah bikin bergetar tulang sum-sum!" Tania berkata dengan kening yang sengaja dijungkit berkali-kali.
"Jangan nak merepek sangatlah." Dia tertawa.
Usai makan, kami semua kembali ke pejabat apabila jarum jam menghampiri angka dua. Dalam sibuk aku berbual dengan Tania, lif yang terhenti dan pintunya yang terbuka membantut perbualan kami. Kelibat itu melangkah masuk tanpa suara.
Sunyi. Suasana lif yang riuh walau hanya kami berdua yang ada bertukar sesepi tanah perkuburan. Hanya mampu memandang gerak-geri lelaki yang turut berada dengan kami ketika ini.
Siapa lagi kalau bukan jejaka terhangat di pasaran, Encik Hud Zarrar!
Tania menyiku pinggangku, keningku ternaik membawa maksud 'apa'. Bebola matanya bergerak ke arah Hud. Aku hanya memerhati apa yang dimaksudkannya tanpa suara.
Pergerakan lincah lelaki itu memasang cufflink kami perhati dengan penuh minat. Bukan kerana cufflink yang nampak cantik atau kemeja yang ada kesan noda, tetapi kerana lengan kekar yang terdedah itu.
Inilah kut yang orang kata, bagai bulan jatuh ke riba?
"Lunch kat mana tadi?"
Suara Hud membuatkan kami berdua cepat-cepat mengalih mata. Buat-buat pandang dinding lif, pandang lantai, pandang kasut, baru pandang muka dia semula.
"Hah? Oh, restoran depan sana tu je Encik Hud," balasku. Disambut anggukan daripada Tania.
Jeda lagi. Mamat ni pun aku rasa sama aje macam saudara dia si Encik Megat tu. Jenis berat mulut nak berbual, tapi kira okey lagilah sebab dia sudi juga buka mulut. Kalau Encik Megat? Haram.
YOU ARE READING
Her Imperfect Guy [completed]
RomanceYARA | HUD "Kerana ketidaksempurnaanmu sentiasa terlihat indah di mataku." Di sebalik keteguhan susuk tubuh itu serta dalam kedinginan tingkah yang dipamerkan, ada satu rahsia gelap yang cuba disoroknya serapi yang mungkin. Hud Zarrar. Pada perspekt...