A/N : Ter-rajin malam ni, maka double updatelah kita. Tekan vote tu sekali, mood saya baik ni nak bagi double 🙈
TENANG. Angin sepoi-sepoi yang menyapa kulit sedikit sebanyak memujuk hati yang dirundung lara.
Kembali ke sini setelah beberapa bulan berlalu. Entah mengapa mudah benar hati aku memilih tempat ini sebagai escapism dalam usaha menenangkan diri sendiri. Tempat yang banyak mencipta kenangan manis antara aku dan Hud.
Pepasir halus pantai di Pulau Perhentian Kecil yang memasuki sandal yang dipakai diabaikan. Aku labuhkan punggung di persisiran pantai. Sekadar memerhati gulungan ombak yang datang menghempas pasir.
Sungguh, aku buntu. Antara sayang dan rasa dikhianati, sungguh aku tersepit di antara dua. Selepas semuanya tersingkap, sukar rasanya untuk aku menentukan di mana sebenarnya tempat Hud sekarang ini.
Adakah dia masih punya tempat pertama dalam carta hatiku? Atau mungkin menyingkirkan dia secara serta-merta dari kedudukan takhta di kayangan cintaku adalah jalan penyelesaiannya?
Namun, tegakah aku untuk membuang dia yang selama ini terlalu bermakna dalam hidupku?
"Assalamualaikum dik." Suara itu membuatkan aku mendongak sikit ke arahnya. Ada seorang wanita sedang berdiri di sisiku. Di tangannya ada segelas air kelapa di dalam cawan plastik. Rasanya kalau dilihat dari segi pemakaian, gayanya macam salah seorang peniaga di kawasan ini.
"Waalaikumussalam."
"Boleh akak duduk?" Aku mengangguk memberi kebenaran. Dia labuhkan punggung di ruang kosong bersebelahanku.
"Nah." Cawan tadi dihulurkan kepadaku. Riakku bertukar hairan lantas menggeleng-geleng.
"Eh, saya tak ada order kak."
"Akak memang niat nak belanja. Ambillah."
Orang tua-tua kata rezeki jangan ditolak, musuh jangan di cari. Pucuk dicita, ulam mendatang. Kecil tapak tangan, Stadium Bukit Jalil aku tadahkan. Cawan bertukar tangan.
"Memang datang seorang ke? Banyak kali akak nampak awak datang area sini tiap-tiap pagi dan petang."
"Haah, seorang aje."
"Urusan kerja ke, bercuti?"
"Bercuti. Release tension." Isi kelapa dicedok satu dan disuap ke mulut.
"Akak dah lama berniaga kat sini?" Giliran aku pula mengajukan soalan. Tak seronoklah jika hanya dia yang asyik menyoal.
"Dalam empat tahun jugalah. Akak bukan orang sini pun, ikut suami pindah tempat asal dia." Aku mengangguk-angguk. Padanlah gaya bercakap langsung tidak ada gaya dialek pantai timur.
YOU ARE READING
Her Imperfect Guy [completed]
RomanceYARA | HUD "Kerana ketidaksempurnaanmu sentiasa terlihat indah di mataku." Di sebalik keteguhan susuk tubuh itu serta dalam kedinginan tingkah yang dipamerkan, ada satu rahsia gelap yang cuba disoroknya serapi yang mungkin. Hud Zarrar. Pada perspekt...