"APA encik dah buat ni?" Itu ayat pertama yang terkeluar sebaik sahaja pintu bilik ditutup rapat. Dia yang baru melabuhkan duduk di kerusi aku pandang dengan mata yang mencerlang.
"Buat apa?"
Aku ketap bibir. Dia boleh tanya buat apa?
"Kenapa encik jumpa mak ayah saya? Kenapa hantar cincin? Kenapa nak pinang saya?" soalku bertubi-tubi. Masih terngiang-ngiang khabar berita yang emak aku beritahu semalam.
Hud datang nak pinang kakak. Ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian, pinang! Hud Zarrar hantar sebentuk cincin untuk aku! Alang-alang pergi bekerja, sempat lagi dia pusing uruskan hal lain!
"Obviously, to make you mine. In a halal way." Tenang dia membalas. Aku menggeleng laju.
"Bukan jawapan tu yang saya nak!"
"Then?"
"Kenapa saya? Kita tak pernah ada apa-apa."
"Marriage just need you as the bride, me as the groom and consent from your father." Hud pandang aku yang dah menyilang tangan ke dada. Geram, terkejut, marah, semuanya bercampur-baur saat dan ketika ini.
"Sit, Yara. Kita bincang baik-baik. Awak marah-marah saya sekalipun, awak tak akan dapat jawapan yang awak nak." Lembut suaranya memujuk. Nafas dihela dalam-dalam. Dia betul, marah tak akan menyelesaikan apa-apa.
Kerusi bertentangannya diduduki. Tatkala mata kami bersabung, lidahku terkelu sendiri. Terus hilang segala patah kata yang hendak dihamburkan tadi.
"Shoot. Saya tahu ada banyak benda awak nak tanya. Works aside, ask me anything." Senada dia mengarah. Aku hela nafas dalam-dalam.
"Kenapa pinang saya?"
"Sebab saya nak kahwin dengan awak. Next."
"Kenapa nak kahwin dengan saya? Sejak bila kita ada apa-apa?"
"Memang kena buang masa bercinta dulu baru saya boleh kahwin dengan awak ke?"
Betul juga. Kenapa perlu buang masa kalau boleh straight to the point? Ah, tak mungkin. Bidas lagi Yara!
"Saya tak pernah kenal keluarga encik pun. Haa, keluarga encik pun tak kenal saya. Macam mana nak kahwin?"
"Tak ada masalah, weekend ni saya bawa awak jumpa keluarga saya."
"Tapi encik bos saya, saya PA encik. Mana boleh kahwin!" hujahku lagi.
"Really? Setahu saya, syarikat ni tak ada polisi yang melarang untuk pekerja berkahwin dengan rakan sekerja sendiri."
Dan ya, dia betul lagi. Tidak pernah wujud polisi tersebut sejak hari pertama aku bekerja. Malah, tindakannya memang jelas tidak dilarang oleh agama.
"Tapi saya tak suka encik." Aku melontarkan hujah lagi. Ah, kenapa keras benar hati kau Yara? Betul ke kau tak suka dia?
"Kenapa? Am I too bad for you?"
Diam. Hud jahat? Tak, dia antara lelaki yang baik yang pernah aku jumpa. Masalahnya, tak pernah terlintas pun bagi aku untuk menganggap dia lebih daripada seorang bos!
"Bukan macam tu..."
"Saya tahu semua ni terlalu tiba-tiba. I am sorry. Awak kena tahu yang saya bukan lelaki yang suka bazirkan masa saya bertahun-tahun dengan perkara yang tak pasti."
"I like you, Yara. Honestly, I think I like you since the first time we met. Cuma, saya tak pandai nak confess. Berjumpa keluarga awak adalah cara yang terbaik bagi saya." Hud menambah lagi. Tunak matanya memandang aku, memaku aku supaya diam membisu.
YOU ARE READING
Her Imperfect Guy [completed]
RomanceYARA | HUD "Kerana ketidaksempurnaanmu sentiasa terlihat indah di mataku." Di sebalik keteguhan susuk tubuh itu serta dalam kedinginan tingkah yang dipamerkan, ada satu rahsia gelap yang cuba disoroknya serapi yang mungkin. Hud Zarrar. Pada perspekt...