HARI-HARI seterusnya berjalan seperti biasa. Kembali kepada rutin harianku selaku pembantu peribadi dan isteri kepada Hud Zarrar. Dah nama pun kerja tempat sama, muka itu sajalah yang aku nampak 24 jam tujuh hari seminggu.
Pergi kerja dengan dia, balik kerja pun dengan dia juga. Bak kata mak aku, 24 jam berkepit dengan encik suami. Tapi, ada aku kisah? Asalkan suami aku, bukan suami orang.
"Akak, nanti minta Encik Syed sign kat sini dan page sebelah ni. Urgent tau, nak submit kat dato' hari ini juga." Sebuah fail dibuka dan aku letak di hadapan Kak Diana.
"Sini ya?"
"Haah."
"Okey, nanti akak pass pada Encik Syed."
Prang! Suasana automatik sunyi sepi. Semuanya tertumpu ke satu arah yang sama. Pejabat General Manager.
"Keluar!" Suara yang bergema kuat itu menghentikan perbualan aku dan Kak Diana. Kami saling bertukar pandangan, malah mata semua dialihkan ke arahku. Meminta penjelasan daripadaku selaku satu-satunya isteri kepada pemilik suara itu.
"Get lost, and don't you ever come here again!" Sekali lagi suara itu bergema, cepat-cepat aku tinggalkan segalanya dan meluru ke pejabat Hud.
Langkahku terhenti tatkala pintu terbuka dari dalam. Gerangan yang melangkah keluar itu buat aku terbungkam.
Ini bukankah... Nik Farhan? Lelaki yang sama yang aku temui pada malam gala itu? Dia ke yang menjadi punca kemarahan suamiku itu? Lelaki ini cuma memandang aku sekilas, mengukir senyuman sebelum berlalu tanpa kata.
Bunyi barang dihempas sekali lagi menyentak lamunanku. Pantas pemegang pintu ditolak dan aku meluru ke arah Hud.
"Ya Allah, abang! Kenapa ni?" Dia yang terduduk di sofa itu aku hampiri. Wajahnya dibelek-belek, bimbang sekiranya ada kecederaan fizikal yang berlaku kepadanya. Dapat aku rasakan badannya masih menggigil dengan amarah.
"What happened abang? Kenapa marah-marah ni?"
"Macam mana dia boleh masuk?" Hud menyoal dengan mata terpejam. Aku meneguk liur.
Hud sedang marah! Aku tahu itu, nafasnya yang naik turun menjelaskan segalanya.
"Ab... abang, Yara tak perasan pun macam mana Farhan boleh masuk tadi. I was talking to Kak Di."
"You know him?" Nadanya berubah curiga ketika menyoal. Aku mengangguk dalam gentar.
"Masa Gala Dinner tu Yara ada berborak dengan mak and adik dia. Adalah juga berbual sikit-sikit dengan dia."
Hud terdiam. Kekura tangannya aku usap perlahan, cuba menenangkannya dan menghalau rasa marah agar tidak mengganggunya lagi.
Beberapa minit berlalu, nafas Hud juga semakin teratur. Hud menghela nafas pendek sebelum pandangannya tunak memandang aku.
"Lepas ni, jangan bagi dia naik. Abang tak nak tengok muka dia. Faham?" Aku mengangguk kecil. Faham dan pastinya arahan Hud aku simpan kemas dalam ingatan. Boleh tahan menakutkan juga jika dia sedang dalam amarah.
Mengerikan, macam bapa singa tak cukup makan pun ada.
"Dah, abang okey. I'm sorry if I had scared you." Tanganku digenggam Hud. Dia senyum segaris.
"Dia buat apa? Dia ada tumbuk abang? Pukul?"
"Tak ada precious. I'm okay. It's just, a little misunderstanding happened."
Bibir dijuih ke hadapan manakala mata memicing memandang Hud. Salah fahamlah sangat!
"Betul, tak ada apa-apa pun. Janganlah pandang macam tu." Hujung hidungku dicuitnya perlahan. Spontan tawa kecilku terlolos.
YOU ARE READING
Her Imperfect Guy [completed]
RomanceYARA | HUD "Kerana ketidaksempurnaanmu sentiasa terlihat indah di mataku." Di sebalik keteguhan susuk tubuh itu serta dalam kedinginan tingkah yang dipamerkan, ada satu rahsia gelap yang cuba disoroknya serapi yang mungkin. Hud Zarrar. Pada perspekt...