FOTO-FOTO yang dimuatkan di dalam album di tangan aku belek satu-persatu. Memerhati segala memori yang diabadikan dalam bentuk sekeping kertas itu. Sesekali, senyuman tersungging di bibir apabila melihat gelagatnya yang pelbagai ragam.
Pertama kali melihat sisi rapuh Hud, aku jadi luluh. Luluh seluluhnya sehinggakan ketika dia menghamburkan tangisan tadi, air mataku turut laju mengalir bak air terjun Niagara. Seakan kesakitan yang dirasainya turut meresap masuk ke dalam hatiku.
Kepala dipanggung ke arah pintu tatkala derap langkah masuk kedengaran. Hud duduk semula di tempatnya tadi.
"Sorry for being too emotional," ucapnya manakala aku sekadar senyum nipis.
"It is okay. It's not your fault."
"Boleh kita sambung?" Kepala diangguk sekali. Halaman seterusnya diselak. Pandanganku jatuh pada gambar sebuah keluarga berkelah di tepi sebuah tasik.
"Itu masa mula-mula abang tinggal dengan mama dan papa," beritahunya tanpa dipinta.
"Hmm... Boleh Yara tahu macam mana abang boleh jumpa mama dan papa?"
"Abang larikan diri." Dia menghela nafas pendek.
"Ada satu malam pak ngah lupa kunci warung. Masa tu, abang tahu kalau abang tak lari, abang takkan boleh bertahan. Daripada mati, baik abang lari. So, yeah. Abang lari. Lari dari neraka tu. Nekad nak mulakan hidup baru."
"Macam-macam jenis lori abang tumpang nak sampai ke KL ni. Tidur kat masjid sudah, bawah jambatan pun sudah. Cakap tempat apa yang abang tak rasa? Semuanya abang pernah jadikan rumah abang."
Spontan, fikiran mula membayangkan figuranya yang bertubuh halus meringkuk kesejukan di bawah jambatan. Allah! Pedih hatiku cuba membayangkannya.
"Sampailah ada orang kutip abang, bawa pergi rumah anak yatim. Lima tahun tinggal kat sana, akhirnya abang jumpa papa. Dia orang memang nak cari adik angkat untuk Emir sebab mama dah tak boleh pregnant." Album dalam peganganku ditariknya perlahan dan diselak.
"This our first raya together, also a first Eid for me. Kali pertama dapat merasa suasana raya lepas 11 tahun tak tahu apa benda Hari Raya tu. Sedih kan hidup abang ni?" Sekeping gambar keluarga yang memakai baju sedondon itu meruntun hatiku.
Senyuman Hud di dalamnya... terlalu bahagia! Takdir Allah benar-benar indah. Hud akhirnya menemukan sebab untuk terus tersenyum lagi. Tangannya naik membelek lagi. Terhenti pula pada foto dia bersama ibu mertuaku.
"Yang ini pula?"
"Ini pula masa mama dan papa hantar abang daftar asrama. Mulanya mama tak nak bagi, tapi abang yang nak pergi." Aku mengerut dahi.
"Kenapa?"
"For some good reasons."
"Such as?" Soalan diutarakan lagi, tetapi Hud memilih untuk diam.
"Sebab Emir, betul tak?" tebakku. Melihatkan dia yang sedikit terkaku, tahulah aku tekaanku itu mengena.
"Abang dengan Emir... are you both good?"
"Complicated. Walaupun Emir tu abang, abang cuma panggil dia Emir sebab dia tak suka abang panggil dia abang. Mungkin sebab kami sebaya, mungkin juga... entahlah. Susah nak terangkan macam mana."
Aku mengangguk-angguk. Faham. Sedangkan adik-beradik kandung pun ada yang saling bertelingkah, inikan pula dua manusia yang hanya diikat hubungan adik dan abang angkat semata-mata.
Enggan berbicara soal tersebut, album dibelek lagi. Kali ini terhenti pada gambarnya di hadapan sebuah rumah. Dengan senyum gaya boyish, menampakkan giginya yang berbaris rapi. Alahai, cair!
YOU ARE READING
Her Imperfect Guy [completed]
RomanceYARA | HUD "Kerana ketidaksempurnaanmu sentiasa terlihat indah di mataku." Di sebalik keteguhan susuk tubuh itu serta dalam kedinginan tingkah yang dipamerkan, ada satu rahsia gelap yang cuba disoroknya serapi yang mungkin. Hud Zarrar. Pada perspekt...