A/N : Welcome back, spirits.
PLASTIK berisi barang-barang dapur aku letak di atas kitchen island di tengah-tengah ruang dapur ini.
"Banyaknya beli barang." Suara Datin Aishah kedengaran ketika aku sedang menyusun barangan ke dalam kabinet. Aku sekadar tayang sengih.
Mata melingas memandang ke sekeliling.
"Mama seorang aje ke? Papa tak ada?"
"Macamlah Yara tak kenal papa. Dia macam biasalah. Dah namanya weekend, adalah plan mengeteh dengan kawan-kawan dia. Hud outstation lagi ya?" Datin Aishah tarik kerusi bertentangan denganku.
"Haah ma. Dia ada ajak Yara ikut, tapi malaslah. Sudahnya nanti terperap dalam bilik juga," jawabku sambil meneruskan kerja-kerja menyusun barang dapur yang telah dibeli.
Macam yang aku kata, kalau Hud memilih untuk terus berahsia, dia memang silap besar. Aku ada 1001 cara untuk korek rahsia di sebalik seorang Hud Zarrar dan salah satunya, Datin Aishah sendiri. Biarpun beliau cuma berstatus ibu angkat kepada Hud, tapi dia masih seorang ibu. Dan seorang ibu pasti lebih mengenali anaknya sendiri.
Tengoklah. Dengan apa cara sekalipun, aku akan cari tahu apa yang sebenarnya berlaku antara dia dan Nik Farhan itu.
"Err... Abang Emir tak balik sini ke ma?" soalku setelah beberapa ketika. Berpasir rasanya lidah ketika menyebut panggilan abang di hadapan namanya itu.
"Ada. Tapi dia keluar sekejap. Ke mana entahnya, tak tahulah pula mama."
"Ma, Yara nak tanya sikit... boleh?" Raut wajah yang awet muda itu aku pandang. Datin Aishah mengangguk.
"Tanya ajelah."
"Mama ambil Hud jadi anak angkat masa umur dia 12, kan?"
"Haah."
"Lepas tu, umur berapa dia masuk boarding school?"
"Akhir umur dia 13 tahun. Lima tahun kat sana, lepas tu dia sambung belajar ke Harvard."
Giliran aku pula yang mengangguk-angguk. Maknanya memang tak lama manalah tempoh Hud bersama dengan keluarga ini. Seawal tingkatan satu sudah berjauhan.
Agaknya... Datin Aishah tahu ke jawapan kepada soalan yang bakal aku ajukan nanti?
"Kenapa tiba-tiba tanya pasal Hud?" Datin Aishah menyoal. Aku hela nafas panjang.
"Yang sebenarnya Yara nak tahu. Ada apa-apa ke tentang Hud yang Yara tak tahu?"
"Mama?" Lengannya aku sentuh tatkala dia kelihatan seperti termenung jauh. Bibirnya naik mengukir senyuman nipis.
"Hud banyak berahsia dengan mama. Entahlah, mungkin sebab dia rasa mama cuma ibu angkat dia biarpun mama sayang dia macam anak mama sendiri."
Beliau lepaskan keluhan di hujung ayat.
YOU ARE READING
Her Imperfect Guy [completed]
RomanceYARA | HUD "Kerana ketidaksempurnaanmu sentiasa terlihat indah di mataku." Di sebalik keteguhan susuk tubuh itu serta dalam kedinginan tingkah yang dipamerkan, ada satu rahsia gelap yang cuba disoroknya serapi yang mungkin. Hud Zarrar. Pada perspekt...