BUNYI kompang mengiringi pengantin yang berjalan masuk ke dalam dewan yang dihias indah ini. Jam 10.00 tadi, Hani selamat diijab kabulkan dengan tunangnya Baqir. Akhirnya kahwin juga housemate aku yang seorang itu.
Memandangkan aku bersahabat dengan Hani sejak sekolah menengah, maka ada jugalah beberapa muka yang berjaya dicam semula setelah beberapa tahun tak bersua muka. Kiranya macam reunion berskala kecillah.
Macam-macam jenis yang aku jumpa. Masing-masing muka berubah habis, ada yang aku hampir tak kenal langsung. Yang dulu gelap sekarang cerah ada. Dulu Melayu sekarang orang Amerika celup pun ada.
"Yara, kan?" sapa seseorang ketika aku sedang memenuhkan piring dengan kuih-muih. Aku menoleh ke arahnya.
Perempuan. Mukanya macam kenal, tapi satu nama pun tak terlintas dalam kepalaku sekarang ini.
"Err... siapa ya? Maaflah, rasa macam kenal tapi ingat-ingat lupa." Aku senyum nipis.
"Serius tak ingat? Kalau sebut nama Sarah Sufian, ingat tak?"
Aku terdiam untuk beberapa saat. Macam familiar... oh!
"Sarah, assistant monitor 5 Delta?" soalku. Dia mengangguk sekali.
Oh... minah ini rupanya. Untuk pengetahuan semua, inilah manusia paling bermasalah dengan aku zaman sekolah dulu. Tak tahu apa masalah dengan hati dia, langsung tak boleh tengok aku senang.
"Datang seorang je ke?" Sarah mengajukan soalan. Bibir kutahan agar tak mencebik.
Eleh! Bukannya aku tak tahu yang dia bukan nak bertanya sangat. Lebih kepada nak menyindir sebenarnya, namun aku tetap menjawab.
"Ya, seorang je. Sarah seorang juga ke?"
"Tak adalah. Dengan husband I, Aliff." Memuncung bibirnya menunjuk ke arah meja berdekatan kami. Aku menoleh sekilas.
"Dah kahwin rupanya. Congrats." Aku ukir senyuman separa ikhlas.
"Hmm, thanks. Okey, I pergi dulu. Kesian husband I tunggu, see you." Sempat dia senyum kepadaku sebelum berlalu. Senyuman yang agak sinis pada pandangan aku.
Huh, patutlah datang menyapa aku. Nak tunjuk laki dia rupanya. Si Aliff itu ketua kelas kami, merangkap teman lelaki yang dibangga-banggakan Sarah suatu ketika dahulu. Aku rasa sebab Aliff jugalah Sarah tak suka aku.
Sebabnya? Yalah, aku zaman sekolah kan cantik. Bukan nak angkat bakul, tapi kenyataannya begitu. Dalam ramai-ramai yang berkenan, satu pun aku tak layan. Termasuklah boyfriend si Sarah.
Malas nak bercinta itu satu hal, lagi satu abah aku memang strict bab-bab berkawan ini. Kawan lelaki? Seorang pun aku tak ada. Yang biasa-biasa itu adalah, tapi yang rapat memang tak ada.
Kerana itu jugalah di usia menjangkau 30 tahun ini, aku masih berstatus solo tanpa teman. Masih tak pandai nak bercinta, dan aku rasa itu bukan satu masalah yang besar.
Biarlah, bagi peluang orang lain show off dengan suami masing-masing dahulu. Biarkan apa yang mereka nak kata, sebab prinsip aku mudah. Aku yakin masa aku akan sampai juga.
Tengoklah, masa tu aku akan bawa lelaki terhangat sebagai suami. Siapa tahu, lebih hebat berbanding orang lain?
Mungkin... lelaki seperti Hud?
Aku tersentak, lantas kepala digelengkan. Mengarut!
YOU ARE READING
Her Imperfect Guy [completed]
RomanceYARA | HUD "Kerana ketidaksempurnaanmu sentiasa terlihat indah di mataku." Di sebalik keteguhan susuk tubuh itu serta dalam kedinginan tingkah yang dipamerkan, ada satu rahsia gelap yang cuba disoroknya serapi yang mungkin. Hud Zarrar. Pada perspekt...