[Chapter 3.01] Pedang Warisan Misteri

869 51 0
                                    

"Azarael, pedang ini ayah akan serahkan kepada kamu. Gunakannya sekiranya kamu dalam keadaan terdesak. Jangan kamu sewenang-wenangnya membuka pedang ini sesuka hati kamu."

Seorang lelaki berusia 40-an menyapa anak terunanya yang tika itu sedang khusyuk mencangkul tanaman di kebun mereka. Seraya menghulurkan sebilah pedang katana yang tersimpan elok dalam karungnya.

Lelaki yang digelarkan sebagai Azarael, memandang ayahnya dengan wajah yang terpingar-pingar.

Azarael : "Ayah? Kita ini bekerja sebagai petani sahaja. Dari mana ayah dapat pedang begini?"

"Ini pedang warisan keluarga. Tiada sesiapa lagi yang mampu menggunakan pedang ini. Ayah sendiri juga tidak mampu untuk menggunakan pedang ini."

Azarael sekali lagi terkaku dengan kata-kata ayahnya.

Azarael : "Tiada sesiapa yang pernah menggunakan pedang ini? Apa maksud ayah?"

"Tidak mengapalah. Ayah cuma nak kamu simpan pedang ini."

Azarael hanya membisu. Namun tangannya akur menghulur untuk menyambut pedang berkarungkan kain bercorak keemasan itu.

"Jaga ini baik-baik ya? Guna apabila perlu sahaja."

🌸🌸🌸

Suatu hari, Azarael berjalan keluar untuk mencari kayu api di kala cuaca yang sejuk. Dia yang hanya dibesarkan oleh seorang ayah menjadikan dirinya bertanggungjawab penuh untuk menjaga ayahnya yang sudah di makan usia.

Hari semakin gelap dan Azarael pulang setelah selesai dia menebang kayu api yang menjadi sumber bakar di rumah sepanjang musim sejuk.

Azarael : "Masa untuk pulang."

Lantas Azarael memikul kapaknya pada bahu.

Azarael : "Sejuknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Azarael : "Sejuknya."

Azarael mendongak ke langit memerhati setiap kepingan salji yang turun.

Azarael : "Haa, lekas pulang. Ayah sendirian di rumah."

Gerak kaki Azarael bergerak laju pulang ke rumah. Akan tetapi terdapat sesuatu yang sangat tragedis berlaku kepada ayahnya.

Azarael : "Ayah!"

Betapa terkejutnya Azarael melihat seekor makhluk berwarna hitam sedang merosakkan tanamannya. Saiz haiwan itu lebih kurang saiz seekor beruang grizzly dewasa. Lebih merisaukan apabila makhluk itu sedang memijak di atas ayahnya.

Azarael : "A... ayah...."

Ayah Azarael kini sudah dalam keadaan nyawa-nyawa ikan. Keberanian Azarael terus memuncak apabila melihat ayahnya yang sudah pun tidak berdaya.

Tanpa berfikir panjang, Azarael menetak belakang makhluk itu dengan kapaknya. Namun betapa terkejutnya Azarael apabila kapaknya serta merta pecah sebaik sahaja tetakan itu gagal menembusi tubuh makhluk itu. Makhluk apakah yang sebegitu kuat?

Guardian Academy : Legend Of Azarael [✓]Where stories live. Discover now