Chapter 3.16

251 26 0
                                    

Langkah di atur menuju ke Pekan Guardian Lama. Berdebar hati rasakan hendak memasuki tempat yang begitu terjaga rapi itu.

Souma : "Hei, kau masih belum jawab persoalan aku lagi. Bagaimana kau boleh melihat tanpa menggunakan mata pun?"

Dengan beraninya Souma bertanya kepada Cree.

Towa : "Aku sudah cakap.... Dia buta."

Sekali lagi Seven hendak menujah tombaknya ke arah Towa. Pantang sungguh adanya mana-mana manusia yang memperlekehkan Cree.

Cree : "Sudah Seven. Dia hanya nak tahu."

Seven : "Kau siap kau budak dubuk! Cree hilang sahaja, memang nahas aku kerjakan kau."

Towa : "Berapa banyak kali aku nak cakap? Aku anjing bukan dubuk! Kau itu lelaki arnab yang menakutkan...."

Seven : "Aku kelinci. Bukan arnab!"

Bertepuk dahi Souma terpaksa melayankan perangai manusia-manusia hibrid itu. Memang kesemua manusia hibrid berperangai beginikah? Sungguhpun usia Seven dan Cree lebih kurang sebaya senior mereka, namun perwatakan mereka masih sukar di ramal.

Cree : "Ada sebab kenapa aku biarkan mata aku tertutup."

Sejurus mereka semua membisu. Lalu Cree menyambung bicaranya.

Cree : "Aku ada kuasa yang boleh memanipulasi benda. Apa yang aku kata, sekiranya kau melihat tepat pada mata aku, benda itu akan berlaku."

Seven : "Kalau dia kata dekat kau, meletup. Maka meletuplah kau."

Secara tidak langsung mereka yang mendengarkan kenyataan Cree dan Seven mula meremang bulu roma. Gerun dengan kuasa yang dimiliki Cree.

Cree : "Itupun setelah aku tutup mata, aku tidak boleh halang kuasa aku daripada terus baca kau orang. Dua orang Alfa kerabat Kaisu. Seorang dengan sumpahan Kuroki seorang lagi masih bergelut dengan pedang Kaisu sendiri. Selebihnya, Ice Guardian, Smoke Guardian dan seorang lagi manusia hibrid dengan kemahiran Blue Thunder."

Sebutir-sebutir maklumat yang Cree berikan. Sudahlah ianya terperinci. Belum sempat untuk mereka menunjukkan apa-apa reaksi, mereka sudah tiba di lokasi kejadian.

Seven : "Kita sudah sampai."

Satu tembok yang begitu tinggi sedang menghalang laluan mereka. Hanya satu pintu gerbang sahaja harapan untuk mereka berjalan masuk. Sejurus begitu banyak tentera yang mengawal di sepanjang tembok itu.

"Siapa mereka itu?"

Seven : "Mereka datang dari Yusei Temple."

"Jangan benarkan mereka masuk!"

Sejurus senjata laser dihalakan ke arah Rolland, Souma dan Towa.

Towa : "Eh? Apakah?"

Seven : "Mereka di bawah penjagaan saya."

Walaupun sudah puas di pujuk oleh Seven, namun tentera di situ tetap enggan membenarkan tiga orang Guardian itu masuk.

"Peraturan tetap peraturan, tuan muda Seven."

Berdengus Seven mendengar kenyataan salah seorang daripada ketua tentera di situ.

Seven : "Haih.... Aku tiada pilihan nampak gayanya."

Sekilas Seven memandang ke arah Rolland, Towa dan Souma. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Terpaksa membiarkan adat dan tradisi mereka menyelesaikan kesemua. Lalu Seven memalingkan wajahnya ke arah tiga baki Guardian itu.

Guardian Academy : Legend Of Azarael [✓]Where stories live. Discover now