Chapter 3.23

219 29 0
                                    

Seven sedang menikmati pemandangan di tanah lapang kampung halamannya. Sungguh tenang lagikan indah beriringan dengan angin yang bertiupan sepoi-sepoi bahasa.

"Lah? Kau buat apa di sini?"

Sekilas Seven berpaling ke arah suara wanita yang menyapanya daripada belakang. Membutang anak mata sebaik sahaja susuk tubuh wanita itu ditatapnya.

Seven : "T... tak mungkin. Niel...."

Sepantas kilat wanita yang digelarkan sebagai Niel memukul kepala Seven dengan menggunakan helaian kertas yang bergulung dalam genggamannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sepantas kilat wanita yang digelarkan sebagai Niel memukul kepala Seven dengan menggunakan helaian kertas yang bergulung dalam genggamannya.

Niel : "Mestilah aku. Kau ini sudah kenapa?"

Seven : "Eh! Kau ini...."

Lalu Seven memandang tajam ke arah Niel.

Niel : "Apa?"

Seven : "Ini sudah semestinya mimpi. Aku tak rasa sakit pun kau pukul."

Niel : "Kau ini memang tidak pernah nak berubah kan? Sampai bila kau nak terjegat di situ? Ada sekumpulan Kuroki sedang menghuru-harakan dunia ini. Kau ke mana? Tidur?"

Seven : "Niel. Aku tak boleh. Aku tak nak terlibat dah dengan peperangan antara dark Guardian."

Seraya Niel menolak lembut dada Seven dengan menggunakan helaian kertas pada tangannya.

Niel : "Hei, hei, hei.... Kenapa dengan kau ini?"

Seven : "Aku tak boleh. Tak nak lagi kehilangan sesiapa."

Niel : "Jadi apa tujuan aku serahkan bilah sabit aku kepada kau? Untuk buat hiasan?"

Seven hanya mampu membisu. Pendirian dia begitu kukuh. Bahkan sukar untuk dilolosi.

Niel : "Seven. Harapan aku adalah membunuh Takuya. Aku tak dapat nak berbuat demikian. Aku cuma mengharapkan kau boleh sambung impian aku itu."

Seven : "Lupakannya, Niel. Kenapa kau beria sangat nak bunuh Takuya itu? Ianya kerja yang berbahaya."

Niel : "Sebab aku sayangkan kau orang. Kalau kau nak masa depan kau cerah, itu sahaja caranya.... Sampai bila kau nak terus bersembunyi? Konco-konco Takuya semakin lama semakin kuat. Sebelum mereka di tahap yang mustahil untuk ditewaskan, lebih baik kita banteras mereka terlebih dahulu."

Seven masih lagi membisu. Enggan untuk dia menerima kenyataan Niel walaupun itulah hakikatnya yang sebenar. Melihatkan Seven yang masih dingin membuatkan hati Niel sedikit terluka.

Niel : "Terpulanglah. Aku cuma mampu cakap, kau sahaja satu-satunya harapan aku. Seven Hendrix.... Fikir-fikirkanlah. Masa kita tidak banyak."

🌸🌸🌸

Terkebil-kebil Seven membuka kelopak matanya. Sepertimana yang telah dijangkakan, ianya benar-benar mimpi. Lalu dia duduk daripada baringnya. Kepalanya di picit-picit bagi mengurangkan rasa sakit.

Guardian Academy : Legend Of Azarael [✓]Where stories live. Discover now