Chapter 3.39

208 27 0
                                    

Ronex : "Apocalypse!"

Sejurus sebuah bala tentera serentak melepaskan tembakan bazooka ke arah Nar.

Nar : "Hahahh.... Seronoknya! Amber!"

Sejurus suatu letupan dilancarkan oleh Nar bagi menepis serangan Ronex.

'Boom!'

Betapa dahsyatnya letupan yang terhasil gabungan daripada kedua-dua kuasa hebat itu. Ibarat hari kiamat letupan yang terhasil itu.

'Zupp!'

Di sebalik asap tebal, Uzui keluar daripadanya untuk melancarkan serangan jarak dekat kepada Nar.

'Kaboom!'

Satu lagi gelombang yang begitu kuat terhasil apabila tenaga luar biasa Uzui menyerang tepat ke arah Nar yang serba tidak bersedia. Tepat tumbukannya mengena dada Nar.

Jauh diri Nar terpelanting apabila terkena tumbukan padu Uzui. Namun Nar masih mahu meneruskan perlawanan.

Nar : "Yes.... Come on!"

Lantaran itu Nar berlari ke arah Uzui untuk membalas serangannya. Pantas Uzui menepis setiap satu daripada serangan Nar. Sejurus Ronex masuk campur perlawanan antara mereka.

Sungguh pantas dan begitu dahsyatnya peperangan itu walaupun hanya tiga orang sahaja yang terlibat. Uzui menepis setiap serangan Nar sementara Ronex mengambil peluang untuk menyerangnya sekiranya ada ruang.

Towa : "Gulp-! Di... dia orang semua sangat kuat. Aku rasa seperti dia orang berasal daripada dunia yang berbeza dengan aku."

Terpegun Towa menyaksikan perlawanan yang penuh mendebarkan itu. Jantungnya tidak senang duduk memerhatikan betapa luar biasanya perlawanan itu.

Nar : "Mengagumkan.... Hahahh.... Malangnya, ini tidak cukup! Aku mahukan lagi."

Seraya terhasilnya gelombang hitam di sekitar Nar. Terkesima Uzui dan Ronex apabila melihat gelombang misteri itu. Namun begitu, Ronex tetap ligat bagi memastikan Nar tidak dapat mengaktifkan mana-mana daripada kuasanya.

Ronex : "Jangan harap! Fortress Detonation!"

Sejurus di sekeliling Nar menjelmanya kubu pertahanan berwarna putih. Sekaligus kubu tersebut menghasilkan letupan yang sangat dahsyat didalamnya.

Sungguhpun letupan itu terhasil di dalam kubu yang berdiri kukuh, akan tetapi gelombang yang dihasilkannya sangat kuat sehingga mampu menolak mereka. Betapa berkuasanya kuasa yang dimiliki Ronex.

Perlahan-lahan kubu pertahanan Ronex melesap sebaik sahaja letupan yang sebegitu dahsyat itu terhenti. Sekarang, mereka hanya perlu memeriksa adakah Nar masih lagi hidup ataupun tidak.

Malang sekali, serangan sekuat itu juga tidak mampu untuk menewaskan Nar.

Nar : "Aku sudah faham...."

Terkejut besar Ronex dan Uzui apabila telinga mereka masih mendengar suara Nar. Apakah dia makhluk ghaib yang masih hidup walaupun bahan api menghancurkan badannya?

Uzui : "T... tak mungkin."

'Tap.... Tap.... Tap....'

Kedengaran suara tapak kaki Nar sedang melangkah keluar daripada kepulan asap yang tebal. Maka terlihatlah susuk tubuh Nar yang sudah separa musnah.

Bagaimana dia masih boleh bergerak dengan badan yang sudah hancur musnah begitu?

Nar : "Jadi kau orang tak bagi aku menggunakan kuasa aku ya?"

Guardian Academy : Legend Of Azarael [✓]Where stories live. Discover now