[Chapter 3.03] Perlawanan Ilusi

400 34 7
                                    

Cahaya mentari kini memasuki bilik di mana Ezrel sedang terbaring. Matanya terkebil-kebil buka dari tidurnya.

Sebaik sahaja Ezrel menyedari bahawa dirinya berada di atas katil, pantas dia bangun tanpa memikirkan kecederaan yang dialaminya semalam.

Ezrel : "Argh!"

Ezrel memegang erat perutnya yang senak dikerjakan Sarjan Jed semalam. Dalam masa yang sama, dia kedengaran satu bunyi yang sungguh aneh.

"Sss...."

Bunyinya kedengaran tidak jauh dari tempat Ezrel duduk. Seraya dia memalingkan kepalanya ke kanan. Maka tertampak susuk tubuh seorang lelaki dengan topeng gas sedang duduk menghadapnya di atas katil sebelah. Barangkali dia adalah teman sebiliknya.

 Barangkali dia adalah teman sebiliknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ezrel : "M... maaf. Aku buat bising pula."

"Sakit lagi ke?"

Lelaki baya-baya Ezrel itu menyapanya.

Ezrel : "Urm.... Tak seteruk semalam."

"Hampir sahaja kumpulan budak nakal hendak mengheret kau ke dalam stor semalam. Mujur aku tiba di sana tepat pada masanya."

Ezrel : "Ah, terima kasih banyak kerana membantu aku. Nama aku Ezrel. Nama kau?"

"Souma."

Lelaki itu memperkenalkan dirinya kepada Ezrel dengan ringkas.

Ezrel : "Terima kasih banyak, Souma."

Souma : "Hmm...."

Ezrel : "Nampaknya kau tak rasa janggal langsung dengan aku."

Souma : "Nak janggal untuk apa? Alfa dan guardian tak ada banyak perbezaan pun. Kedua-duanya ada kelebihan masing-masing."

Ezrel hanya membisu dengan kenyataan Souma. Tidak dinafikan Souma berfikiran sangat terbuka berbanding pelajar yang lain.

Namun apa yang membingungkan, kenapa Souma memakai topeng gas di dalam ruangan bilik yang agak kecil sebegini?

Sejurus itu, pintu bilik mereka berdua terbuka dengan luasnya. Sarjan Jed sudah terpacak di hadapan pintu dengan muka yang tegang.

Sarjan Jed : "Kau nak ponteng latihan ke, Ezrel?"

Ezrel : "T... tak."

Sarjan Jed : "Kalau begitu, segera ke bilik latihan. Souma, kau jangan lupa latihan kau juga."

Souma : "Baik, Sarjan."

Seraya Ezrel di bawa pergi oleh Sarjan Jed terus ke bilik latihan.

Sarjan Jed : "Disebabkan kau lewat, kau akan pulang lewat hari ini."

Ezrel : "Saya pengsan semalam. Mungkin disebabkan itu saya susah nak bangun pagi ini."

Terkesima Sarjan Jed mendengar penjelasan Ezrel. Dirinya sendiri tidak tahu bahawa Ezrel pitam semalam.

Guardian Academy : Legend Of Azarael [✓]Where stories live. Discover now